HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Tuesday, January 9, 2024

Kitsui Bellos Fiber Untuk Kelegaan Perut Anda

 Assalamualaikum & Hai semua.

Masa cuti-cuti ni memang terlajak makan je. Pergi sini, makan, pergi sana, makan lagi.

Nak ditolak kang, orang yang belanja. Hihihi. Kita sauk je la.

Pastu yang merana, perut sendiri. Dah jadi hal kena sembelit pula. Kadang-kadang sampai rasa nak menangis sambil memerut dalam tandas. Punya la seksa!

  

Kita pun apa lagi, menggelupur la cari penyelesaian. Tiba-tiba terjumpa pula Kitsui Bellos Fiber ni. Katanya dapat membantu masalah sembelit dan terbukti berkesan seawal 3 hari.

Kita pun apa lagi, kasi try la. Try punya try, jadi pulaaa. Tak menyesal, wak!

 


Apa lagi yang Kitsui Bellos Fiber ni boleh buat?

• Menyingkirkan  toksin yang berkumpul di dalam usus melalui proses pembuangan

• Melancarkan sistem penghadaman

• Melegakan kembung perut

• Membantu dalam proses detoksifikasi



Apa kandungan dalam Kitsui Bellos Fiber ni?

Dengan gabungan 9 jenis buah-buahan yang diperkaya dengan vitamin & mineral, KITSUI BELLOS FIBER ni memang best kalau consume.

• Nenas : tinggi fiber dan nutrisi membantu penyerapan nutrien dengan optimum

• Epal : mengandungi pectin yang mampu menyingkirkan toksik dan membersihkan usus.

• Kiwi : tinggi antioksidan dan vitamin C yang ideal untuk menurunkan berat badan dan bagus untuk detoks.

• Markisa : kaya dengan fiber yang membantu proses pencernaan dan mengelakkan sembelit.

• Lemon : tinggi vitamin C yang membantu mengelakkan dehidrasi.

• Pear : sumber serat yang hebat termasuk vitamin C, vitamin K dan kalium yang menghasilkan kebaikan untuk usus dan mencegah sembelit.

• Bayam : membantu mengawal kalori dalam badan.

• Timun : membuang toksin dan mengekalkan kulit yang sihat.

• Saderi : mempunyai sifat antimikrob yang membantu  meningkatkan sistem imun.

 


Apa penyebab masalah sembelit?

Ramai antara kita yang mengalami sembelit kerana kurang makan sayur- sayuran dan buah buahan. Jadi serat-serat yang bernutrisi tiada dalam badan.

Selain dari itu, sembelit adalah hasil dari pemakanan yang tidak seimbang. Main bedal je makan pun susah juga perut di kemudian hari.

Kesan dari stress dan tekanan harian pun menjadi salah satu punca masalah sembelit ni ye. Tak bagus untuk badan terutamanya perut kita.

              



Produk di bawah brand Kitsui sangat menjaga kualiti dan mencapai standard seperti ISO, HACCP dan GMP. Jadi, sebagai pengguna, tidak perlu ragu dengan status Kitsui Bellos Fiber ini.

Selain dari kualiti, produk Kitsui juga menggunakan bahan-bahan plant-based di mana ianya selamat dikonsumi dan sesuai untuk individu yang berdiet ataupun vegan.

Jenama ini juga telah disahkan Halal, tidak akan timbul rasa ragu-ragu di kalangan pengguna Muslim.


    

Kitsui juga telah menerima pelbagai penghargaan dan awards atas kecemerlangan kualiti produk yang dihasilkan di antaranya Brand Laureate, Halal Asia Award, Watson Top Brand dan Superhealth Brand. Penghargaan ini juga menunjukkan kepercayaan dan sokongan yang diraih dari pelanggan terhadap produk jenama Kitsui.


Selain Belloss Fiber, Kitsui juga mengeluarkan produk lain seperti Kitsui Collagen White 6000mg + L-Glutamine dan juga Kitsui Meal Replacement Program (KMRP) yang Murni pernah review sebelum ini.

  

 

Pengalaman sendiri

Sebagai seorang yang memang selalu menghadap masalah sembelit ni, sampai kadang-kadang dah tak tahu macam mana nak buat, buntu memikirkan jalan penyelesaian. Lepas cuba Kitsui Bellos Fiber ni, dah tak ragu lagi untuk consume sebab dalam satu sachet tu lengkap semua nutrien yang diperlukan. Tak payah susah payah nak cari dan makan buah & sayur satu demi satu.

Tambahan pula, produk ini sudah ada ribuan testimoni yang telah berjaya dikumpul & dipercayai oleh pasaran selama 20 tahun.





Maka, takkan korang nak biarkan masalah sembelit ni menghantui hidup korang. KITSUI Bellos Fiber boleh didapati di outlet Watson’s , Guardian dan di Shopee juga. Go and grab it now!

Selamat mencuba!



 

Friday, December 29, 2023

Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berminyak | Soft Watery Bubble With Aloe Vera Membersihkan Pori-Pori Secara Mendalam


Assalamualaikum & Hai semua.

Lama betul rasa tak buat skincare review. Otak pun dah start berkarat nak mengarang. Apa nak taip dulu pun tiba-tiba jadi kabur.

Walaupun memiliki kulit muka yang normal, saya tetap menitikberatkan pemilihan pencuci muka kerana bagi saya apa yang sampai di kulit adalah sangat penting bagi seorang wanita yang berada di usia hampir 40 tahun ni.


Tambahan pula saya bekerja dalam suasana berhawa dingin, risiko untuk kulit menjadi kering amat tinggi. Jadi, kita kena lindungi kulit kita dari mula proses mencuci.

Sebenarnya, baru-baru ni saya cuba satu produk pencuci muka dari Hansaegee Nature. Benda yang kita paling suka kalau nak cari skincare ialah bila produk tu tak ada kat produk lain. Untuk produk yang saya cuba ni bila kita pam, terus keluar buih. Tak payah susah-susah nak campur dengan air untuk keluarkan buih-buihnya. Cleanser jenis ni dipanggil Foam Cleanser.


Dan saya memilih untuk menggunakan Aloe Vera AC Clean Bubble Cleanser yang sesuai untuk semua jenis kulit, bebas paraben, bebas sulfat dan tiada alkohol.



Apa yang best sangat tentang Aloe Vera AC Clean Bubble Cleanser ni?


Bila bercakap tentang produk kecantikan, biasanya produk dari negara Korea akan menjadi sebutan. Dan ya, produk Hansaegee Nature memang 100% dari negara Korea. Manakala dua bahan utama yang terkandung di dalam pencuci muka ini ialah Aloe Vera & Tea Tree Oil yang kita tahu sangat baik untuk kulit. Di dalam pencuci muka ini juga tiada bahan kimia berbahaya – tiada paraben, tiada sulfat, tiada alcohol sekaligus menjadikan ia cleanser yang selamat digunakan dan sesuai untuk semua jenis kulit. Bubble Cleanser ini pula dihasilkan dari 12 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi yang kita sedia maklum akan khasiat dan keberkesanannya.

 

Pencuci Muka Terbaik Soft Watery Bubble


Aloe Vera AC Clean Bubble Cleanser bertindak dengan baik untuk kulit yang berjerawat dan bermasalah. Berbentuk cecair di dalam botol, berubah menjadi Soft Bubble once you pump it out. Produk ini juga membantu melembapkan kulit wajah dan tidak merengsakan kulit.



Selalunya pencuci jenis buih ini bagus dalam merawat tetapi dalam masa yang sama ia akan mengeringkan kulit wajah. Tetapi Aloe Vera AC Clean Bubble Cleanser is totally different. Kerana bagi saya ia adalah pencuci muka yang terbaik. Saya merasakan kulit muka saya bertambah bersih dan lembap.

Memandangkan pencuci muka ini ada water based cleanser, ianya adalah pencuci muka untuk semua jenis kulit. To be honest, ia tidak langsung mengeringkan kulit atau membuatkan kulit rasa tegang malah menjadikan kulit very moisture and feeling good on skin.

It is very soft, moisture and watery bubble cleanser ever!

 


Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak

Bagi mereka yang mempunyai kulit wajah yang berminyak, pencuci muka ini dapat membersihkan secara mendalam hingga ke liang pori dan tidak akan menyebabkan clogged pores. Jadinya, liang-liang pori akan mengecut.

Selain dari mengecutkan liang pori, ia juga mengeluarkan lebihan sebum sekaligus dapat mengawal kulit berminyak. Jadi, bila muka dah bersih dan tak berminyak, jerawat pun susah nak naik.

Apa lagi sebab untuk korang gunakan cleanser ni? Of course sebab tekstur watery soft bubble  yang dapat membersihkan kulit secara mendalam tanpa membuatkan kulit rasa tegang dan gatal yang bagus bagi mereka yang memiliki kulit muka berminyak.

Bila kulit muka kita berminyak, memang mudah untuk jerawat naik kerana itu aloe vera dan tea tree oil dalam cleanser ini bertindak sebagai anti inflammation, anti fungus, mengurangkan infeksi jadi jerawat dapat dikawal dan cepat kering.


Pencuci muka ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak sebab bahan-bahan yang diguna tidak mengandungi bahan yang berbahaya – tiada paraben, tiada alcohol dan tiada sulfat jadinya ia selamat digunakan.



 

Cara Menggunakan Aloe Vera AC Clean Bubble Cleanser


Cara penggunaan Aloe Vera AC Clean Bubble Cleanser sangat mudah hanya perlu ikut beberapa langkah sahaja.
1. Basahkan kulit wajah dan tapak tangan. Langkah ini penting untuk memastikan buih-buih pencuci dapat membersihkan muka dengan rata.
2. Pam keluar pencuci muka. Satu pam sudah memadai kerana buihnya memang banyak.
3. Urut wajah secara membulat dan cuci sehingga bersih dengan air suam.



Cuci Muka Berapa Kali Sehari?

Ramai yang masih tak aware yang kita sebenarnya hanya perlu cuci muka 2 kali sehari. Ini adalah kerana jika kita kerap membersihkan muka akan menyebabkan kulit menjadi kering. Jadi, cuci muka sebelum tidur untuk mengawal kulit berminyak dan cuci pada waktu pagi untuk mendapatkan kulit yang segar sepanjang hari.



Pengalaman sendiri

Berdasarkan pengalaman sendiri selepas menggunakan Aloe Vera AC Clean Bubble Cleanser untuk beberapa ketika, kulit wajah menjadi semakin bersih dan kurang berminyak kerana pencuci muka terbaik ini melakukan tugas sebagai deep clean cleanser yang sangat bagus. Dalam masa yang sama, ia mengecutkan liang-liang pori di muka. Selepas menggunakannya juga, kulit wajah tidak menjadi tegang malah menjadi lebih lembut.

Tidak rugi untuk mencuba pencuci muka aloe vera ini lebih-lebih lagi pada mereka yang memiliki kulit muka berminyak kerana pencuci muka untuk kulit berminyak ini selain dapat menanggalkan segala kotoran di wajah, ia juga membantu mengawal pengeluaran minyak di muka. Tambahan lagi, ia ada pencuci muka water based yang membuatkan wajah tampak segar sepanjang hari.

Jadi, pada mereka yang mahu mencuba, jangan segan silu untuk mendapatkan lebih maklumat tentang produk ini. Pada saya, ianya sangat recommended!

Jangan lupa dapatkan!



Brand: Hansaegee Nature


Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

 

Monday, November 6, 2023

Prenatal Massage Experience at Thai Odyssey

 

Assalamualaikum & Hai semua,


Ini bukan paid review, dan aku bayar servis mereka dengan duit sendiri.

Dah lama teringin nak berurut masa mengandung. Sebab biasa la masa tu ni, semua anggota badan nak sakit terutama pinggang dan kaki. Ye la, mana nak support kandungan, nak support berat badan yang naik lagi. 

Susah juga nak cari tempat yang offer prenatal massage ni. Kalau ada pun, di luar kawasan keberadaan aku.

Pada awalnya, ingatkan nak buat reservation online je tapi sebab urutan untuk wanita mengandung takde dalam online package, so aku agak ragu la. Kebetulan hari Sabtu, aku balik Seremban, singgah la dekat Thai Odyssey Seremban Gateway punya outlet dan front desk tu explain everything pasal pakej untuk pregnant ladies. Malangnya, aku lupa nak snap dan ingat nama pakej tu. Huhuhuhu. 

Disebabkan aku lupa, aku bagi la nama Prenatal Massage Package. Sesuai untuk ibu mengandung yang berada dalam 2nd trimester atau 4-8 bulan mengandung. Kurang atau lebih biasanya mereka tak galakkan. 

Aku hampir nak batalkan untuk ambil pakej tu sebab kandungan dah 32 minggu bersamaan 8 bulan, tapi bila tanya terapis dan dia kata boleh, then aku book appointment je la terus. Nasib tak berapa baik sebab aku ingat nak try kat outlet Seremban Gateway tu since tempat baru dan nampak selesa tapi slot penuh pula. Yang ada kosong hanya di Aeon Mall S2. Disebabkan nak sangat berurut, aku pun on je la. 

Pakej ni ambil masa 90 minit.

Slot aku jam 10.30 tapi aku terlewat sikit sebab nak cari parking, parking yang dekat dengan pintu masuk. Huhuhu. Padahal lepas tu kena jalan jauh la juga nak sampai ke outlet.


Bila dah sampai, front desk terus greet aku. Explain the details again dan minta aku tunggu sebab terapis pergi toilet. Oh ya, payment before service ye. Dan aku bayar pakai card. Nasib juga diorang prefer payment by card. Malas nak pegang cash.

Total before tax RM218.00 and after tax jadi RM231.10.

Best ke?

Sumpah rasa lega lepas berurut. Terapis tak tekan kuat sangat sebab kita pregnant which is okay la. Puas hati. Layanan dia pun memang tip top dari saat diorang pakaikan selipar untuk korang sampai la dia hidangkan air sebelum habis sesi berurut.

The ambiance pun very calm dan tak lupa dia ada guna essential oil nama Soothe yang aku kira very gentle to my skin dan sangat sesuai since aku ada eczema, kan. One whole day tu aku tak menggaru. Rasa nak call je TO dan beli EO tu. Hahaha.

Apa bezanya prenatal massage ni dengan thai massage atau full body massage?

First, urutan dia tak sekuat thai massage (bagi aku la). Ada pressure point yang terapis tak tekan sebab kita mengandung, kan.
Kedua, kita berurut dalam keadaan mengiring, bukan meniarap.
Ketiga, yang pasal essential oil tu la.
Keempat, jangkamasa urutan memang fix 90 min.

Berbaloi ke?

Bagi aku, ya, sangat berbaloi. Memang mula-mula rasa mahal. Tapi anggap la itu self reward untuk diri sendiri. Kalau suami nak sponsor, jangan tolak pula. Terima je tanpa rasa ragu-ragu. :p

Aku memang recommend pregnant ladies untuk try berurut kat sini sebab selesa dan rasa dihargai, tiberrr.

Share tempat korang selalu berurut pula.

xoxo,
sheayang

Wednesday, February 15, 2023

Jom Kurus Dengan Program Diet KRMP!


Assalamualaikum & Hai semua!


Pernah tak korang cuba nak berdiet tapi masih lapar? Nak kurus tapi susah tahan lapar? Okay, meh sini rapat-rapat saya nak share pasal KRMP ni yang dirumus khas untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.


Apa KRMP tu?

Nama penuhnya KITSUI Replacement Meal Plus dimana ia adalah program diet yang sangat rendah kalori. Di samping itu, ia dapat mengurangkan pengambilan tenaga sehingga 800 kalori sehari. Ini bermakna badan anda akan menarik tenaga daripada simpanan lemaknya sendiri. Selai dari mudah disediakan, KRMP dirumus secara saintifik untuk memenuhi keperluan pemakanan orang ramai pada program diet kalori yang sangat rendah.




KRMP telah dibuktikan berkesan dalam pengurusan masalah obesiti. Dan bertindak sebagai pengganti makanan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam.


Kebaikan KMRP

  • Bagus dalam pengurusan berat badan

  • Berfungsi sebagai pengganti makanan yang seimbang

  • Berkualiti tinggi dan kaya dengan nutrisi

  • Rendah Kalori dengan hanya 124 kalori setiap sachet.

  • Mengandungi Vitamin & Mineral Penting - Produk KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) mengandungi 18 vitamin dan mineral penting - termasuk vitamin A, B12, B1, B2, B6, D, D3, E, C, Magnesium, Zink, Kalsium, Biotin - untuk membantu menjaga kesihatan sepanjang melakukan penurunan berat badan anda.

  • Sumber Serat yang Baik - Produk KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) adalah sumber serat yang baik, yang boleh membantu memastikan anda merasa kenyang, sambil menyokong penurunan berat badan anda.

  • Rasa yang enak - Dihasilkan dengan menggunakan chocolate milk powder dan  cip biskut yang lazat dan sebagainya. 


Bahan-bahan Premium yang Terkandung dalam KRMP


  • Bijirin Oat

  • Oat Protein

  • Konjac

  • L-Carnitine

  • Biji Chia



DIET PROGRAM KMRP®️


Dengan hanya RM39.90 sahaja, anda boleh mulakan diet program KMRP ini.





DIET PROGRAM KMRP LEVEL 1 - Untuk menurunkan berat badan yang normal (Kurangkan 1 hingga 3 kg sebulan), 1 paket sehari (1 penggantian makanan)





DIET PROGRAM KMRP LEVEL 2 - Untuk menurunkan berat Badan yang sederhana (Kurangkan 3 hingga 4 kg sebulan), 2 paket sehari (2 penggantian makanan)





DIET PROGRAM KMRP LEVEL 3 - Untuk menurunkan berat badan intensif (Kurangkan 5 kg & ke atas sebulan), 3 paket sehari + 1 hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan (3 penggantian makanan)



CARA PENYEDIAAN : 


1) Tambah satu paket KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS ®️ KMRP  30 gram ke dalam 200-250ml air sejuk atau air suam.

2) Kacau atau goncang untuk melarutkan. 

3) Jangan gunakan air mendidih. Boleh guna air sejuk atau air biasa. 

4) Semua produk yang disediakan hendaklah di minum dengan segera dan produk harus di simpan tempat dingin dan kering. 



Ada yang tanya :


1. Bolehkah saya minum KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP)dengan air?   

Jawapan : Boleh, anda boleh menambah air sejuk untuk rasa yang lebih baik atau air suhu bilik.


2. Bolehkah saya menambah oatmeal, kacang, buah-buahan, susu badam dan susu soya? 

Jawapan : Boleh, anda boleh menambahkan oatmeal dan lain ke dalam KMRP tetapi pastikan ia mengandungi kalori yang rendah.


3. Bolehkah ibu mengandung mengambil KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP)? 

Jawapan : Tidak sesuai untuk ibu mengandung tetapi sesuai untuk ibu menyusu dan berumur 18 tahun ke atas.


4. Berapa sachet di dalam satu kotak KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP)? 

Jawapan : Dalam sekotak ada 15 sachet.



Jadi anda semua, jangan lupa untuk dapatkan KITSUI Meal Replacement (KRMP) di outlet dan secara online dan selamat menurunkan berat badan!


Instagram : https://instagram.com/kitsuimalaysia

Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSJUoshPn/

Facebook : https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/

Youtube : https://www.youtube.com/c/KitsuiBeauty

Website : https://kitsui.com.my/