HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Thursday, October 12, 2017

Fasa Kemurungan Dah Tamat

Bismillah.

Assalamualaikum & Hi everyone!

Awkwardnya rasa after so long tak menaip entry di sini. Rasa macam baru belajar menaip dalam kelas komputer lepas habis SPM dulu. Miahahaha.

Eh, dah boleh gelak riang suka hati nampak. Sesuai la dengan tajuk, kot. Satu fasa yang aku tak suka nak hadap walaupun tak ada pun aku pergi jumpa doktor psikiatri untuk tentukan tahap kemurungan ni. Cuma, ye la, when we feel unhappy, we commonly address it as deppression. Entah apa masalah yang besar sangat yang nak deppress bagai entah. Mengalahkan Pak Jib yang perlu mengelola negara pula.

Memandangkan mood aku dah berada dalam keadaan baik, nak recall la sikit fasa-fasa yang tak best untuk diingat tu. Walaupun tak best, tapi tetap nak tulis juga. Peduliiiiii!

1. Blogging Slump
Mula-mula aku tak tahu menatang apa blogging slump ni sehinggalah aku tengok blogger Siqah guna term tu. Baru la macam 'Oooo. Aku kena tabah hadapi fasa ini.' Gittew. Sebulan lebih tu bukan la lama sangat tapi aku dok baca-baca blog orang lain yang update 3-4 jam sekali, jealous juga. Tapi namanya nak update blog sendiri, tetap nan hado. Sedih!

2. Keguguran Rambut
Bangun tidur je, penuh segumpal rambut kat tangan. Hari-hari macam tu memang jatuh hukum wajib stress. Kadang-kadang sampai takut nak basuh dan shampoo rambut sebab rasa macam lagi banyak je gugur. Mizwar pun dah pandai main air liur (entah apa kena mengena entah). Kesudahannya, aku nekad untuk potong rambut jadi pendek. Alhamdulillah, lega sikit sebab dah pendek satu hal. Rasa macam kurang sikit la gumpalan rambut tu. Syukur! Tapi ada aku baca kat mana entah yang gugur rambut tu bagus sebab apa entah. Nanti aku cari balik artikel tu.

3. Ekzema Teroxx
Acah-acah hipster pula kan. Ekzema teruk, sebenarnya. Dah tua-tua kena ekzema, dia punya perasaan tu ada lain macam sikit la. Miahahaha. Mula-mula macam tak dapat terima hakikat, rasa macam kena penyakit teruk sangat sampai kena operation gittew padahal ekzema je. Tapi tahukah anda perasaan orang yang menghadapinya? Haaaa. Tak tau, kan? Ekzema ni aku kena buat entry lain, inshaAllah sebab rasa macam banyak je nak share. MACAM je weh. Lepas tu rasa MACAM RAJIN je! :p

4. Sawan Tangis / Gangguan Makhluk Halus
Eh, bukan aku tapi Mizwar. Tidur malam aku memang tak lena la sejak dia mula buat hal. A few days before he reached 4 months, dia start melalak tanpa sebab. Penat cari punca. Mengantuk ke kembung perut ke ada sakit kat mana-mana ke. Baby, kan. Dia tau nangis je la, kita pula dok teka apa yang tak kena dengan dia. Ada juga pergi berubat ke beberapa tempat dan Alhamdulillah now he's a happy baby. Punca masih tak dapat dikesan. Aku syak ada kaitan dengan kediaman baru kami tu tapi wallahu'alam.

5. Banyak akal
Kakak Maryam sekarang banyak akal yang aku kena hadap. Penat weh. Siang kerja, balik jaga anak, malam sah-sah tidur-tidur ayam kalau adik Mizwar buat hal. Akal yang dibuat tu semua nak sama macam adik. Adik minum susu kat pangku, dia pun sama. Adik baring pakai baju, dia pun nak. Lepas tu makan nak bersuap. Nak orang tatap je muka dia. Ya ampun. Bila buat tak reti, lagi la dia tantrum bagai. Sakit jiwa. Tapi itu la, amanah Allah, kan. Marah-marah pun nanti pujuk balik. Hihihi.

Alhamdulillah, aku okay sekarang walaupun belum dapat my beauty sleep balik (memang takkan dapat kot). Doakan aku terus kuat untuk hari-hari mendatang demi keluarga kecilku ini dan demi korang yang suka baca rapuan aku. Miahahaha. Setakat ini je la coretan ku kali ini.

Apa yang membuatkan anda rasa murung sekarang?

XOXO,
sheayang

Wednesday, August 23, 2017

The Facts About Us, Human.

Bismillah.

Assalamualaikum & Hi everyone.

Want to know the facts about as a human? See whether those facts are correct or not.


1. Closing your eyes help you to remember things.
2. It takes 66 day to form a habit.
3. First impressions can be changed by spending more time with the person.
4. Of the 5 senses, smell is most closely linked to memory.
5. Daydreamers are more likely to have dreams and remember them.
6. Writing down a list of things tht you are grateful for each day can really brighten it up.
7. People in love have similarities with people with OCD.
8. Studying in 30-5- minute intervals with 10 minute break in between is the most effective way to retain information.
9. You emotionally bond to the person you sing with.
10. You are not one person but three; the one you think you are, the one others think you are, the one you REALLY are.

XOXO,
sheayang