HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Monday, July 31, 2017

Bayview Hotel Langkawi - Favourite Holiday Port

Bismillah.

Assalamualaikum and Hi everyone.

Sedar tak sedar, hujung tahun semakin mendekati. Apa yang best pasal hujung tahun?

Mesti la cuti sekolah. Walaupun mak-mak tetap kena kerja, wajib ambil cuti hujung tahun untuk bawa anak jalan-jalan. Atau untuk kita sendiri yang nak de-stress dari workload yang takkan pernah padam itu. Hihihi.

Bila sebut je pasal holiday, tempat yang terbayang kat dalam kepala otak ni dah tentu-tentu kawasan pulau, ada pantai, angin sepoi-sepoi bahasa meniup muka. Perghhh... Rasa tenang kot.

Langkawi is my favourite holiday spot. Sebab apa? Bukan sebab nak jumpa kekasih lama tapi banyak sebab kenapa Langkawi jadi pilihan.

Aku dah pernah ke Langkawi 2 kali tapi masih belum jelak dan terasa nak pergi lagi. Ye la, hantu coklat, kan? Sejak jadi mak-mak ni belum lagi jejak pulau tu untuk beli pinggan mangkuk. Kalau ada peluang kali ni, harus la mak borong segala pinggan mangkuk yang up-to-date. Banyak je tempat menarik untuk dilawati kat Langkawi ni. Pergi sekali memang kena repeat sebab bukan semua tempat kita sempat nak terjah.

Paling teringin nak cuba tanam padi kat sana. Mana la tau, tangan yang panas ni tiba-tiba jadi sejuk bila sampai di bumi Langkawi, kan. Aku suka je tengok kehijauan. Eh, tetiba.

Part paling penting sebelum bercuti adalah survey hotel. Kalau tak survey awal-awal, mungkin harga jadi mahal, mungkin juga hotel tu penuh. Tak pasal-pasal tidur tepi jalan pula. Kalau setakat makan tepi jalan, orang tak hairan sangat lagi. Kan kan kan.

Hari ni terasa nak share pasal hotel yang best bukan dari segi harga je tapi dari segi facilities juga. Dan yang penting harus selesa.

Front view

Hotel itu diberi nama Bayview Hotel Langkawi. Jarak dari Airport Langkawi dalam 13km bersamaan 25 minit kalau drive. Jarak dari Terminal Feri pula 3km, kalau drive 5 minit je dah sampai. Dekat sangat, kan. Tapi aku lebih suka travel by ferry. Adventure sikit. Lepas tu dapat tengok pemandangan yang mendamaikan.


Lets cemporo

Kemudahan parking disediakan percuma untuk guest. Dah tak payah nak pening-pening kepala nak bayar parking mahal ke apa. Nak keluar masuk hotel buat macam hotel sendiri pun tak de hal la. Kolam renang disediakan untuk aktiviti riadah terutama yang datang dengan famili yang ada anak-anak kecil. Kalau tak dapat nak keluar, boleh je buat aktiviti dalam kawasan hotel. Terjun la pada bila-bila masa yang korang suka. Tapi kalau nak terjun tiruk tu, pandang kiri kanan sikit ye.

Gimnasium

Spa

Abam-abam sado yang takde masa nak workout lepas kerja, boleh la workout sambil bercuti. Hotel ni memang sesuai untuk korang juga tau!


Makanan dan bercuti tak dapat dipisahkan. Camner nak berjalan kalau takde energy,kan? Jadi, memang kena makan banyakkk... Pasal makan pula, tak payah risau. Hidangan semua tip top kat sini. Nak makan Chinese food ke, Western food ke, you just name it. Chewahhh... Bila perut kenyang, hati senang, boleh berjalan dengan riang.

Untuk pengetahuan korang,Hotel Bayview Langkawi ni merupakan salah satu skor lokasi yang terbaik di Pekan Kuah. So, memang no wonder la kalau hotel ni termasuk dalam senarai hotel yang bakal korang menginap nanti.

Ada lagi point yang aku belum sentuh?

Dah tentu la ada. Point yang paling korang tunggu-tunggu. BILIK hotel? Dah tentu bilik skor baik, condition bilik pun baik. Nak tergolek terlentang bersama keluarga tersayang atau kawan-kawan memang selesa. Kalau balik dari berjalan, letak je kepala atas bantal, confirm lelap. Gittew. Hihihi. Wifi disediakan secara percuma di setiap bilik. Bila-bilik nak upload gambar tu senang la. Di hujung jari je semua. Ruang bilik air pun selesa untuk korang membersihkan diri. Susunan bilik yang teratur dan sangat mementingkan kebersihan adalah keutamaan hotel ni. Kemudahan lain yang terdapat dalam hotel ni termasuklah peti sejuk, air cond, televisyen dan sebagainya.



Apa lagi yang korang nak?

Pelayan hotel semua baik-baik dan ramah serta cekap dengn tugas masing-masing. Jadi bila dah macam tu, layanan kepada tetamu semestinya first class! Kalau ada yang kurang tu, bagitau je. InshaAllah diorang akan perbaiki dari masa ke semasa sesuai dengan kehendak dan permintaan pelanggan.

Dah tu, nak tunggu apa lagi? Jom plan pergi Langkawi, dan tempah hotel ni di Traveloka!

xoxo,
sheayang

2 comments:

  1. Siqah pernah pergi Langkawi sekali je. Itu pun beberapa tahun lepas. Dah lamalah tu maknanya. Hehe. Nampak menarik hotel ni. Bilik hotel bersih dan boleh tahan besar jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau plan nak pergi lagi, boleh book hotel ni. Hihihi.

      Delete