HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, December 27, 2017

Teknik Memerah Susu Badan Ibu Menggunakan Tangan


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Masih ada 4 hari menjelang tahun baru untuk kita tempuh. Dah sedia ke tu?

Untuk bakal-bakal ibu, banyak nasihat akak nak bagi (iye ke?) ni tapi tunggu tahun baru la ye. Sekarang ni akak nak cerita pasal susu ibu dulu. Maksud akak, teknik memerah susu ibu menggunakan TANGAN. Ia juga dipanggil dengan nama lain iaitu teknik MARMET.

Bukan semua ibu-ibu kat luar sana yang rajin nak perah susu guna tangan ni. Akak faham. Kekangan masa dan faktor tenaga kadang-kadang menyukarkan kita. Tapi jangan jadikan itu satu tabiat, malas tu kan tabiat. Dan jangan beri alasan untuk tidak menyusukan bayi anda. Kerana rezeki mereka Allah beri melalui anda. Jadi, jaga amanat itu okay!

Alhamdulillah, Mizwar masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Kadang-kadang rasa memang malas nak pam/perah tapi demi anak, ku harung jua rasa malas itu. Tak banyak akak kongsi cerita pasal breastfeed tapi ibu-ibu boleh baca kat sini | sini | sini 

Beberapa keadaan di mana teknik ini sangat berguna untuk diaplikasikan.
1. Saat baru lepas bersalin. Biasanya selepas melahirkan anak, susu badan ibu tidak akan hadir secara mendadak. Teknik ini digunakan untuk meransang duktus-duktus susu bagi memudahkan susu dikeluarkan.
2. Bila pam susu anda rosak. Yang ni memang tak boleh nak buat apa. Tetap juga anda harus perah susu itu sendiri kerana untuk membaiki pam yang rosak itu pun mengambil sedikit masa, kan?
3. Sesudah mengepam susu. Ibu-ibu digalakkan untuk mengosongkan payudara untuk penghasilan lebih banyak susu baru. Cuba ibu-ibu picit payudara selepas megepam, mesti ada lagi susu yang keluar, kan? Jadi, teknik marmet kita gunakan untuk benar-benar pastikan kilang susu kita telah kosong.

  
Sebelum memulakan pemerahan susu, ibu-ibu digalakkan untuk :
1. Minum segelas air suam untuk menenangkan perasaan ibu-ibu dan memudahkan pengeluaran susu.
2. Cuci tangan dengan bersih.
3. Sediakan bekas susu yang bersih.
4. Duduk dalam keadaan yang selesa.
5. Tuam payudara dengan tuala yang direndam dalam air panas suam atau boleh juga menggunakan tungku.


Teknik Pemerahan Susu Ibu Menggunakan Tangan
1. Urut payudara perlahan-lahan dengan arah putaran jam.
2. Letakkan jari dalam bentuk C di kawasan areola. Ibu jari, jari telunjuk dan puting berada dalam satu garisan.
3. Cari kedudukan kelenjar susu (duktus), rasanya seperti ketulan-ketulan kecil.
4. Sokong payudara dengan jari-jari lain
5. Tolak sedikit dan dengan perlahan payudara kearah belakang iaitu ke dada.
6. Mulakan perahan dengan menekan ibu jari dan telunjuk secara membulat. Ini bagi membentuk tekanan pada saluran susu diantara ke dua-dua jari tersebut yang akan membantu pengaliran susu ke arah puting. Jangan perah secara urutan ke arah puting.
7. Gerakkan kedua-dua jari ke kawasan seterusnya dan ulangi proses.

Sebenarnya, akak lagi selesa perah susu guna tangan dari guna pam sebab lebih puas hati dengan hasilnya walaupun mengambil masa yang lama sedikit. Lepas tu kena la menanggung sakit leher la tengkuk la. Hihihi. Jangan serik korang. 2 tahun je!

XOXO,
sheayang

Tuesday, December 26, 2017

Genap 31


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Waduh. Dah terlepas banyak giveaway dalam bulan ni. Penat bookmark sana sini. Hahaha. Apakan daya, kudrat tak sampai. 

Pergh, buka-buka blog, giveaway yang dikejarnya. :p

Hari ni nak bebel sikit la. Bukan CurHat pun. Tapi sebab hari ni special. Jadi, apa salahnya kita hargai hari ini untuk diri sendiri.

Officially 31, today.

Sungguhpun artikel di atas tidak benar, aku tetap setuju. Hahaha. Mohon jangan butthurt sebab bukan hari-hari dapat puji diri.

Alhamdulillah. Allah masih beri aku peluang untuk menghirup udara segar hari ni. Walaupun sedikit demam dan selsema, masih gagah juga aku pergi pejabat. Sakit itu juga satu nikmat, kadang-kadang.

Hari ini aku lalui seperti biasa, syukur. Cuma penat sebab badan tak sihat sangat. Dan anak-anak masih aktif seperti biasa. 

Bila hari jadi hujung-hujung tahun ni keinsafan dia akan jadi berlipat kali ganda sebab nak masuk tahun baru dah. Lepas tu, dia punya recall memang tak ingat la. Dari awal tahun dia recall achievement dia. Bila tak ada atau tak capai target, akan down sikit la. Normal.

Tadi aku baca zodiak (ada lagi ke orang buat?) untuk hari ni. Menurut website yang berkenaan, dia meminta yang berbintang Capricorn (baca : aku) untuk jaga ketenangan hari ni. Ya Allah, dia punya nervous tu, minta-minta la tiada apa yang menyakiti perasaan ini. Muahahaha.

Bukan nak percaya pun. Tapi suka la. Nak baca ramalan-ramalan gini. Ke laut betul. 

Aku tahu di kiri kanan depan belakang aku akan ada manusia-manusia yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada aku. Mereka adalah kekuatan untuk aku meneruskan hidup, mencapai kejayaan yang aku kehendaki dan menjadi sumber insprirasi aku.

Special thanks to Allah The Almighty kerana mengurniakan aku Mak & Abah yang terbaik. Mak yang sudi melahirkan aku yang seberat 4.13kg ni. Tapi sekarang 41.3kg je kot. Dan Abah yang memerah keringat mencari rezeki membesarkan aku dan adik-beradik yang lain. Syukur syukur!

Famili besar aku yang sentiasa ada bila aku perlukan mereka. Alhamdulillah. Our loves will last forever till Jannah, inshaAllah.

Para sahabat dan teman-teman, aku rindu saat kita bersama. Tapi bila kita menginjak dewasa ni, masa yang dapat diluangkan agak sedikit. Namun, kalian tetap segar senantiasa dalam ingatan.

Untuk suami yang setia di saat getir, terima kasih. Dalam masa setahun ni, kalau saya menawan luar biasa tu, awak tutup mata je la. Kadang-kadang outfit terover, make up menyerlah, semuanya sebab artikel tu.

Terima kasih semua yang mendoakan aku. Aku juga doakan yang terbaik untuk kalian. Amiinn Ya Rabbal Alamin. :)

XOXO,
sheayang

Thursday, December 14, 2017

CurHat : Nak Jadi Apa Sebenarnya?


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Semakin menjelang hujung tahun, makin malas dan makin stress pula jadinya. Uban di kepala pun dah menjadi-jadi naiknya. Jangan nanti Maryam & Mizwar keliru antara Ibu diorang dengan nenek kebayan sudah!


I am thinking of quitting from my current job. But I still do not know what will I do or what shall I focus on after resign. Plus, our tabung kecemasan still not enough to cover our expenses at least for 3-6 months. Do I look like a financial advisor here? Hihihi.

Being a Work At Home Mother (WAHM) is always my dream but what kind of work that I can do from home? Lipat surat atau lipat kain? Masak memasak I can not. I can only cook for my own stomach, even my husband sometimes does not like my cooking. Pity me. However, I still need to polish my cooking skills since my kids are growing up every single day. Tak kan hari-hari nak hadap lauk mak mertua atau lauk kedai, kan kan kan. And I still believe in Malay proverb, 'masakan Ibu adalah masakan yang paling sedap di seantero dunia'. Wahhhh. Kagum, tak?

Eh, sebenarnya tadi rasa down sangat. Ni dah rasa chill sikit bila baca balik apa yang I taip. #mudahterhibur #anganbiarjadikenyataan

I always wanted to be everyone. When I am alone for example in the toilet (of course alone!) or in the car off to work, I tell (ke told) myself, who am I in 5 years time? And two weeks before I turn 31 I guess I am still questioning it. I want to be carpenter, also graphic designer, and businesswoman or maybe marketing manager but wait, how about be a Social Media Influencer? Cool juga, kan?

Eh, muka tak lawa, ada hati nak jadi SMI. Hihihi. Gelakkan diri sendiri.

Okay la. Sambung nanti. Nak balik dah.

Oh ye. Bagi yang tak tahu, CurHat tu singkatan untuk Curahan Hati. Aku pun baru tahu. :P

XOXO,
sheayang

Tuesday, December 12, 2017

When To Keep Your Mouth Shut


 

  1. In the heat of anger.
  2. When you do not have all the facts.
  3. When youhave not verified the story.
  4. If your words will offend a weaker brother.
  5. If your words will be a poor reflection of  your Creator or family and friends.
  6. When you are tempted to joke about sin.
  7. When you would be ashamed of your words later.
  8. When you are tempted to make light of holy things.
  9. If your words would convey a wrong impression.
  10. If the issue is none of your business.
  11. When you are tempted to tell an outright lie.
  12. If your words will damage someone's reputation.
  13. If your words will destroy a friendship.
  14. When you are feeling critical.
  15. If you can nt speak without yelling.
  16. When it is time to listen.
  17. If you may have to eat your words later.
  18. If you have already said it more than once.
  19. When you are tempted to flatter a wicked person.
  20. When you are supposed to be working instead.
Source : Pinterest

XOXO,
sheayang

Tuesday, December 5, 2017

Cara Semak Daftar Pemilih


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Nak tanya sikit ni. Boleh ke?

Dah daftar jadi pengundi ke?

Kalau sudah, bagus! Anda rakyat yang bertanggungjawab terhadap negaranya. Kalau belum, bila nak daftar? Hihihi.


Kasi eksyen sikit la sebab dah daftar, kan. Sebenarnya, baru minggu sudah aku mendaftar jadi pemilih/pengundi. Agak berdebar juga sebab takut kena soal-siasat dengan akak kaunter pejabat pos. Tapi, semua itu tidak berlaku. Akak tu chill-chill je sambil gelabah siapkan pendaftaran aku sebab nak pergi rehat, katanya. It's okay, kak. Settle mine first, monologku di dalam hati.

Cara mendaftar pengundi di pejabat pos.
  • Ambil nombor giliran
  • Tunggu sehingga nombor anda dipanggil
  • Serahkan kad pengenalan kepada pegawai di kaunter
  • Pegawai meneruskan proses pendaftaran
  • Tunggu sehingga selesai
  • Dapatkan slip pendaftaran sebelum beredar
Senang, kan? Jangan malas. 5 minit je dah boleh settle. Benda ni belum boleh buat online, dan mungkin takkan dapat buat online untuk mengelakkan pengundi HANTU. 👻


 Jadi, bila dah daftar, kena la semak.

Cara untuk semak daftar pemilih.


1. Pergi ke Portal Suruhanjaya Pilihanraya.

2. Skrol ke bawah sehingga nampak bar Perkhidmatan Dalam Talian di sebelah kanan. Tekan pada Semakan Daftar Pemilih.

3. Muncul 1 lagi tab untuk Semakan Pengundi.
 
4. Masukkan nombor kad pengenalan dan aksara captcha. Tadaaaa~~~


Disebabkan aku baru je daftar, maka maklumat sedang diproses la ceritanya. Kalau dah ready nanti, akan siap mention daerah mengundi, DUN, Parlimen dan Negeri.

Jadi, tunggu apa lagi? Kalau anda warganegara yang sudah berumur 21 tahun, segeralah mendaftar. Negara kita, tanggungjawab kita.

Sekian, iklan tak berbayar dari duta tak dibayar. Hihihi.

XOXO,
sheayang

Monday, December 4, 2017

Hai Disember.


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

November, sudah berlalu. Bulan yang amat sibuk dan aku hampir tiada masa untuk beraktiviti apatah lagi mahu bersosial media ikut suka. Kalau cuti hujung minggu tu, memang handphone tu ke laut la. Boleh layan Whatsapp je, itupun bergantung pada mood. Tunggu masa nak tukar telco je ni kalau masih sama coveragenya.

Tup tup,

Disember muncul sudah.

Say HI to December

I'll be super duper busy. Bukan busy apa pun, saja mengada-ngada. Sebab Disember adalah bulan istimewa aku, jadi;

Perkara yang aku kena buat setiap kali Disember datang.
  • Menung dulu.
Otomatik otak akan rasa serabut memikirkan apa yang aku dah buat dalam masa 11 bulan yang lepas. Flashback demi flashback akan terjadi. Kejap senyum, kejap sedih, kejap nangis, kejap kang ketawa, macam orang tak betul pun ada. Ini akan berlaku sepanjang bulan ye.

  • Set up goals for next year
Faham tak kenapa kena set up goals? Supaya tidak tersasar dan mencapai KPI yang dikehendaki. Hahaha. Terpengaruh dengan environment kerja yang asyik-asyik KPI KPI KPI. Dushdush! *tumbuk dinding*

Dah sesejak jual Planner 2018 tu, harapnya akan ada perubahan tahun depan dari segi attitude & financial, terutamanya. Okay. Goals untuk tahun depan aku akan make sure ianya lebih realistik dan achievable. Tak nak letak impian mengarut sebab anak dah dua, kan. Kena la berpijak di bumi nyata.

  • Blogging plan
Nak cerita lebih pun malu. Malu dan takut tak berpegang pada kata-kata yang telah ditaip. Tapi aku masih yakin yang blog ni anak cucu cicit aku akan dapat baca inshaAllah. Dan harapnya mereka akan berbangga dengan achievement ibu, nenek, moyang diorang ni walaupun aku tak menyasarkan untuk menjadi top blogger in Malaysia, gittew!

Plan aku cuma untuk memastikan blog ini lebih tersusun dan senang dicapai untuk pembacaan semua, inshaAllah.

  • GIVEAWAY
Yang ni korang tunggu je la. Ada rezeki nanti aku akan buat. Doa-doakan. Hihihi.

Doakan aku untuk terus menulis tanpa jemu.

Chaiyokkkkk...!

XOXO,
sheayang

Monday, November 27, 2017

Islamic Planner 2018

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua!

Busy betul sejak-sejak dah ada business ni. Hihihi.

Mungkin ada yang tak tahu aku sedang memasarkan Planner 2018 yang gila awesome.

Yang follow Instagram aku mungkin tahu la pasal kehadiran Planner ni. Bermula dari kaedah pembelian yang paling mudah hinggalah aku sendiri yang akhirnya menyahut cabaran menjadi agen. Semuanya gara-gara Founder ISZShoppe merangkap sepupu aku yang bersungguh-sungguh mencabar aku. Dia ni memang suka mencabar orang terutama sekali aku.

Jadi, jatuh bangun aku ni banyak dipengaruhi oleh dia juga la sebenarnya. Eh, dah cerita pasal dia pula. Nanti aku buat entri khas dia la.

Berbalik pada cerita Islamic Planner 2018 ni. 

Dah sampai! ;)
Kelebihan Planner 2018

  • Goal 2018 - Dapat catat segala azam dan impian anda supaya selalu fokus sepanjang tahun.
  • Kalendar 2018 & 2019 - Dapat plan jadual tahunan anda.
  • Kalendar Hijri - Dapat  trace peristiwa penting dalam bulan Islam dengan lebih mudah.
  • 2018 Planning Chart - Senang nak conteng-conteng .
  • Quote dan Trivia yang membina - Meriah dgn quote-quote yang membina dan trivia-trivia yang anda sendiri tak pernah tahu.
  • Monthly plan - Anda boleh set planning jangka sederhana anda diruangan Monthly Plan.
  • Weekly Plan - Ini pula untuk anda set planning jangka pendek anda. Planning mingguan anda.
  • Mood Tracker - Korang bolehlah track apa mood korang hari tu. Nanti dalam seminggu korang mesti tergelak bila analisis balik apa mood korang sepanjang 7 hari tu. Stress management la orang cakap.
  • Excersice Log - Buat korang yang nak bersenam/bersukan/diet tu. Planner 2018 ini juga ada Exercise Log untuk korang rekod semua rutin excesice korang.
  • Mutaba'ah Amal - Buat korang yang tak tahu apa tu Mutaba'ah Amal, ini adalah Check List Amalan Harian seperti solat, puasa sunat, tahajud,dan lain-lain, amalan korang boleh customize sendiri.
  • Prayer Times - Selalu terlepas solat awal waktu? Atau korang keluar camping, hiking tak dengar azan..? Dalam planner 2018 ni, kami sediakan 1 tahun jadual waktu azan Malaysia. Jangan tak solat jer. 
  • Finance Tracker - Buat yang selalu LOST TRACK duit. Duit banyak tapi hujung bulan anda tak tahu kemana hilang sampai tak boleh menyimpan?
  • Month review - Apa yang anda dah capai bulan ni? Apa yang anda tidak tercapai lagi? Ingat lagi short term, mid term planning anda? Simpulkan disini. InsyaAllah anda akan lebih fokus untuk capai target anda untuk bulan seterusnya. 
  • Ramadhan Zone - Yang ni special sebab planner ni dah disusun satu tahun, jadi Ramadhan nanti, korang dah ada satu column khas untuk korang isi time bulan Ramadhan nanti. Info Ramadhan, check list amalan sepanjang Ramdahan, amalan sunat dan lain-lain.
  • 52 weeks (1 year) money saving challenge - Duit selalu habis? Takde motivasi nak menabung? Jom cabar diri anda dengan 52 weeks money saving challenge kami.
  • 4x free note/kertas kosong (setiap bulan) - EXTRA 4 muka surat blank pages untuk anda melukis, melakar, buat graph atau apa sahaja kreativiti anda. 
  • Cash Flow duit bulanan - Ini pula untuk anda sistematikkan duit anda. apa anda beli? Apa anda jual? Duit keluar, duit masuk anda, segala hutang anda dan lain-lain. 
  • Tarikh Cuti-cuti Malaysia - Rancang nak bercuti sekarang! Abaikan last minute plan ok!
Best ke best?

Ini design yang ada.

Selamat menjamu mata.

 

 

 


Ada juga Kid's Planner umtk anak-anak yang suka menulis, kan.

 

 

 

 

Seronok tak?

Mari Whatsapp saya untuk details.


Cepat, sebelum kehabisan stok!

#SisJualPlanner #KongsiRezeki
#CariDuitAnakNakSekolah


XOXO,
sheayang

Monday, November 6, 2017

Tips Mengelak Dari Anak Menjadi Mangsa Pedofil

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai korang!

Bagitau saya, mak mana yang tak risau kalau sesuatu yang buruk berlaku pada anak dia?

Dalam dunia serba canggih sekarang, memang anak-anak kita terdedah dengan bahaya yang kita sendiri tak nampak dengan mata. Kadang-kadang saya rasa menyalahkan pihak lain adalah sangat tidak wajar. Cuma, kalau kita bersatu hati memerangi gejala pedofilia ini, inshaAllah, hidup akan lebih aman.

Cerita pedofilia ini bukanlah cerita baru. Dah wujud berabad lamanya. Entah nafsu serakah apa entah sanggup mempergunakan kanak-kanak dan menakutkan kita sebagai ibu bapa.

Pedofil ini adalah manusia dewasa yang mempunyai gangguan psikologi di mana mereka tertarik untuk melakukan hubungan intim dengan kanak-kanak atau menjadikan kanak-kanak sebagai pemuas nafsu mereka.

Saya kongsi tips yang saya dapat ini sebagai rujukan kita semua untuk menghindarkan anak-anak kita dan kanak-kanak di luar sana dari pesakit jiwa ini.


BERHENTI MEMPAMERKAN GAMBAR ANAK DI LAMAN SOSIAL
Saya akui memang sukar malahan saya pun masih melakukan perkara ini. Bukan tak sayang anak, kita simpan untuk memori kita kemudian hari. Cuma saya boleh bataskan sajalah. Pilih gambar yang sepatutnya sahaja dan pilih audiens anda.

TAK PERLU BERITAHU SATU DUNIA
Status di laman sosial kadangkala boleh mengundang bahaya terutama bila anda memberitahu lokasi keberadaan anda. Kita tidak sedar adanya manusia yang memerhatikan kita dan bersedia untuk menyerang.

AJAR ANAK MENGENAL ANGGOTA BADAN SULIT
Susah untuk dipraktikkan tetapi kalau kita kerap beritahu anak tentang ilmu ini, inshaAllah lama-lama mereka akan ingat juga. Ajar mereka supaya jangan beri sesiapa sentuh 'private parts' mereka walaupun orang terdekat.

SIASAT APA YANG ANAK BERITAHU
Kita sering mengabaikan kata-kata anak tetapi tidak salah bila mereka menceritakan sesuatu yang mencurigakan, anda dengar dan siasat. Bukan percaya bulat-bulat dan bukan juga buat tak endah sahaja. Harus sentiasa waspada dan curiga.

ASINGKAN TEMPAT TIDUR
Perkara utama berlaku di dalam rumah. Jadi, ajarlah anak anda untuk tidur di bilik berasingan supaya tidak terdedah aurat ibu bapanya. Nampak remeh tapi berbekas dalam diri mereka. 

HADKAN PERGAULAN
Pergaulan antara adik beradik lelaki dan perempuan perlu dibataskan kerana bimbang apabila semakin dewasa, ia boleh menjerumuskan kepada sumbang mahram. Begitu juga pergaulan anak perempuan dengan ayah. Dalam hal ini, ibu perlu waspada dan bijak mengesan sebarang kecurigaan. Tidak terhad kepada ank perempuan sahaja, anak lelaki pun ada risiko untuk menjadi mangsa pedofilia. Beritahu anak-anak anda tentang pentingnya menjaga keselamatan diri.

JERIT & LARI
Ajar anak kecil anda, jika 'orang jahat' sama ada yang dikenali atau tidak dikenali mengganggu mereka (menyentuh bahagian sulit mereka) segera menjerit sekuat hati, menggigit orang itu dan larikan diri sejauh mungkin daripada orang itu. Sekurang-kurangnya ini dapat melepaskan mereka daripada menjadi mangsa.

Isu pedofilia sebenarnya telah lama berleluasa di negara ini dan ia semakin berkembang mengikut peredaran masa seperti menerusi laman sosial di internet.

Berhentilah daripada menjadi ibu bapa yang tidak peduli denga isu pedofilia. Jangan sudah terkena batang hidung sendiri baru hendak mengambil tindakan. Ambillah iktibar daripada kes pedofil yang mendapat perhatian duni ini.

Jagalah keselamatan anak kita di mana sahaja mereka berada. Ibu bapa yang bertanggungjawab melindungi anak-anak kecil daripada menjadi mangsa jahat si pedofil.

Sumber: BERNAMA

xoxo,
sheayang
 

Friday, November 3, 2017

Cerita Sang Lelaki Tua & Tukulnya


Bismillah.

Assalamualaikum & Hai korang!

Kejap je dah hari Jumaat, kan.

Sempena hari Jumaat yang mulia ni, aku nak share story je la. Since mood blogging pun belum mari sangat ni, mari membaca cerita je la.

Cerita ni aku dapat dalam tulisan berbahasa Inggeris tapi aku Melayukan la ye.


Ada sebuah mesin yang mengalami kerosakan di dalam sebuah kilang.

Pemilik kilang itu telah mengupah beberapa orang pakar untuk cuba membaikinya namun mesin masih belum dapat berfungsi. Sehinggalah, ditemukan seorang lelaki tua yang memang kerjanya membetulkan mesin sejak dari muda.

Dia membawa bersama beg besar yang berisi peralatan dan setibanya dia di kilang tersebut, dia bergegas bekerja.

Dia memeriksa mesin itu dengan teliti, dari atas hingga ke bawah. Setelah itu, dia mengambil tukul besi kecil dari beg yang dibawanya. Dia mengetuk sesuatu dengan lembut. Dan tanpa diduga, mesin itu kembali bernyawa.

Dia menyimpan semula tukulnya.

Seminggu kemudian, pemilik kilang tersebut mendapat bil dari lelaki tua yang membaiki mesinnya itu dan alangkah terkejutnya dia bila bil yang tertera jumlah RM1,000 itu.

"Apa?! Dia tidak buat apa-apa pun!" katanya tanda tidak puas hati. Dia kemudiannya menghantar nota berbunyi "Sila hantar bil yang terperinci"

Lelaki tua itu kemudiannya menghantar bil yang lengkap.
Mengetuk dengan tukul ............. RM2/-
Tahu di mana untuk diketuk .............RM998/-

Sekian.

Apa kesimpulan yang dapat anda buat dari cerita ini / pengajaran yang anda dapat?

XOXO,
sheayang

Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai korang!

Aku rasa bulan ni macam banyak je join GA. Banyak ke? Baru 2 je kot. Hihihi. Okay. Ni giveaway ke-dua yang aku join selepas Giveaway Siqah.

Jom join korang! Mana tau ada rezeki dapat hadiah. Klik pada banner. Tarikh tutup 20/11/17 ni ye.

Syarat-syarat boleh baca bila dah klik pada banner. Semoga berjaya untuk kita semua. Yeeehaaaa...


http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

XOXO,
sheayang

Monday, October 30, 2017

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

Bismillah.

Assalamualaikum & Hai semua.

Fuh fuh. Kasi hembus-hembus sikit nak menang giveaway ni. Hahaha.

Belum apa-apa lagi dah poyo, kan. Eh, rasanya belum pernah join giveaway sepanjang mengendalikan blog ni. Ke ada? Ke lupa?

http://www.siqahiqa.com/2017/10/october-book-giveaway-by-blog-siqahiqa.html

Blog siqah ni memang antara favourite blog and the writer herself inspires me to write & read more and more. Tiap kali buka Instagram je wajib tengok instastory dia sebab selalunya dia akan update kat sana. And she is really good person. Kadang-kadang ada je benda yang aku tak faham pasal blogging, templates, books etc., aku tanya dia je. Ibarat google bergerak la juga dia ni. Orang selalu baca buku memang la banyak ilmunya. Aku senang banget sih ada sahabat seperti dia.

Eh, ni nak bodek ke acaner ni? Muahahaha.

Tapi serius, Siqah memang baik.

Berbalik kepada tajuk, giveaway ni dia offer 2 books & mystery gift uolls. Terus teruja, kan. Buku pun buku calang-calang authornya. Yasmin Mogahed tau! Lagi satu buku tu pula tajuk dia memang interesting sebab it teaches you 'How to be interesting'. Haaa... Kisahnya dah lama tak beli buku. Kalau dapat buku ni, Alhamdulillah memang rezeki la. Dapat la saya merealisasikan impian nak ada home library. Gittew.

Ada lagi lebih kurang 2 minggu untuk giveaway ni berakhir iaitu pada 12/11/2017. Pada yang masih belum mencuba, please give a try. Tak rugi pun, seronok kot. Klik je banner tu dan anda akan berada di alam blog siqah. Muahahaha.

Okay. Settle dah nak mengarut apa pun tak tau.

1. Follow Blog Siqah - DONE!
2. Follow Facebook Page Siqah - DONE!
3. Follow Instagram @haqisfila - DONE!
4. Komen pada mana-mana entri - DONE!
5. Copy banner & buat satu entri seperti tajuk di atas - TUNGGU NAK PUBLISH JE NI.
6. Publish entri & tinggalkan link - BAIKLAH.

Okay. Siqah dah halau. Marilah kamu join giveaway ini. Semoga berjaya pada semua.

XOXO,
sheayang

Thursday, October 12, 2017

Fasa Kemurungan Dah Tamat

Bismillah.

Assalamualaikum & Hi everyone!

Awkwardnya rasa after so long tak menaip entry di sini. Rasa macam baru belajar menaip dalam kelas komputer lepas habis SPM dulu. Miahahaha.

Eh, dah boleh gelak riang suka hati nampak. Sesuai la dengan tajuk, kot. Satu fasa yang aku tak suka nak hadap walaupun tak ada pun aku pergi jumpa doktor psikiatri untuk tentukan tahap kemurungan ni. Cuma, ye la, when we feel unhappy, we commonly address it as deppression. Entah apa masalah yang besar sangat yang nak deppress bagai entah. Mengalahkan Pak Jib yang perlu mengelola negara pula.

Memandangkan mood aku dah berada dalam keadaan baik, nak recall la sikit fasa-fasa yang tak best untuk diingat tu. Walaupun tak best, tapi tetap nak tulis juga. Peduliiiiii!

1. Blogging Slump
Mula-mula aku tak tahu menatang apa blogging slump ni sehinggalah aku tengok blogger Siqah guna term tu. Baru la macam 'Oooo. Aku kena tabah hadapi fasa ini.' Gittew. Sebulan lebih tu bukan la lama sangat tapi aku dok baca-baca blog orang lain yang update 3-4 jam sekali, jealous juga. Tapi namanya nak update blog sendiri, tetap nan hado. Sedih!

2. Keguguran Rambut
Bangun tidur je, penuh segumpal rambut kat tangan. Hari-hari macam tu memang jatuh hukum wajib stress. Kadang-kadang sampai takut nak basuh dan shampoo rambut sebab rasa macam lagi banyak je gugur. Mizwar pun dah pandai main air liur (entah apa kena mengena entah). Kesudahannya, aku nekad untuk potong rambut jadi pendek. Alhamdulillah, lega sikit sebab dah pendek satu hal. Rasa macam kurang sikit la gumpalan rambut tu. Syukur! Tapi ada aku baca kat mana entah yang gugur rambut tu bagus sebab apa entah. Nanti aku cari balik artikel tu.

3. Ekzema Teroxx
Acah-acah hipster pula kan. Ekzema teruk, sebenarnya. Dah tua-tua kena ekzema, dia punya perasaan tu ada lain macam sikit la. Miahahaha. Mula-mula macam tak dapat terima hakikat, rasa macam kena penyakit teruk sangat sampai kena operation gittew padahal ekzema je. Tapi tahukah anda perasaan orang yang menghadapinya? Haaaa. Tak tau, kan? Ekzema ni aku kena buat entry lain, inshaAllah sebab rasa macam banyak je nak share. MACAM je weh. Lepas tu rasa MACAM RAJIN je! :p

4. Sawan Tangis / Gangguan Makhluk Halus
Eh, bukan aku tapi Mizwar. Tidur malam aku memang tak lena la sejak dia mula buat hal. A few days before he reached 4 months, dia start melalak tanpa sebab. Penat cari punca. Mengantuk ke kembung perut ke ada sakit kat mana-mana ke. Baby, kan. Dia tau nangis je la, kita pula dok teka apa yang tak kena dengan dia. Ada juga pergi berubat ke beberapa tempat dan Alhamdulillah now he's a happy baby. Punca masih tak dapat dikesan. Aku syak ada kaitan dengan kediaman baru kami tu tapi wallahu'alam.

5. Banyak akal
Kakak Maryam sekarang banyak akal yang aku kena hadap. Penat weh. Siang kerja, balik jaga anak, malam sah-sah tidur-tidur ayam kalau adik Mizwar buat hal. Akal yang dibuat tu semua nak sama macam adik. Adik minum susu kat pangku, dia pun sama. Adik baring pakai baju, dia pun nak. Lepas tu makan nak bersuap. Nak orang tatap je muka dia. Ya ampun. Bila buat tak reti, lagi la dia tantrum bagai. Sakit jiwa. Tapi itu la, amanah Allah, kan. Marah-marah pun nanti pujuk balik. Hihihi.

Alhamdulillah, aku okay sekarang walaupun belum dapat my beauty sleep balik (memang takkan dapat kot). Doakan aku terus kuat untuk hari-hari mendatang demi keluarga kecilku ini dan demi korang yang suka baca rapuan aku. Miahahaha. Setakat ini je la coretan ku kali ini.

Apa yang membuatkan anda rasa murung sekarang?

XOXO,
sheayang

Wednesday, August 23, 2017

The Facts About Us, Human.

Bismillah.

Assalamualaikum & Hi everyone.

Want to know the facts about as a human? See whether those facts are correct or not.


1. Closing your eyes help you to remember things.
2. It takes 66 day to form a habit.
3. First impressions can be changed by spending more time with the person.
4. Of the 5 senses, smell is most closely linked to memory.
5. Daydreamers are more likely to have dreams and remember them.
6. Writing down a list of things tht you are grateful for each day can really brighten it up.
7. People in love have similarities with people with OCD.
8. Studying in 30-5- minute intervals with 10 minute break in between is the most effective way to retain information.
9. You emotionally bond to the person you sing with.
10. You are not one person but three; the one you think you are, the one others think you are, the one you REALLY are.

XOXO,
sheayang

Monday, August 21, 2017

Lazada + Photobook = Happy Face :)


Bismillah.

Assalamualaikum & Hi everyone.

Pagi tadi dapat call dari courier service, tanya mana nak hantar parcel. Pelik juga mula-mula sebab rasanya tak ada beli barang online.

Pelupa sangat, kan?

Rupanya parcel dari Photobook. Eh, terseronok tanpa sengaja. Mesti la seronok sebab ada kisah di sebalik cerita Photobook ni.

Punya la kejar deal RM2 ni dekat Lazada masa Happy Hour. Orang lain dah buat Photobook ni beribu-ribu kot, aku je yang terhegeh-hegeh baru nak mula. Maluuuu...

Confident je aku masuk dalam cart. Dan check out. Walaupun fulus paras-paras je time tu, dek kerana Happy Hour tu aku grab juga 3 sekali. Tamak!

Phexcited!
A few days later, baru Photobook emailkan voucher untuk redeem kat website. Bila korang dah design photobook memasing dan check out, masa tu la nak guna voucher code tu.

Dua je?
Seronok weh main design-design cuma mak-mak macam aku ni kena berperang dengan masa je la. Nasib baik voucher tu valid 3 bulan. Aku beli masa mid May hari tu. A few days sebelum expired baru aku redeem. Punya la lembab. Hihihi. #MakRedho

Dua je aku redeem sebab masa nak redeem photobook ke-tiga, balance dalam akaun tak cukup pula. Berhuhu jela mengadap M2U. Cuba dekat bank satu lagi pun nan hado. Sedih time tu mengenangkan RM2 yang dibuang sia-sia. Hahaha.

Sweet, kan? Hahaha

Photobook #1

Aku rasa sebab rezeki anak-anak, tiba-tiba ada duit masuk sehari selepas aku redeem 2 buku tu. Alhamdulillah, maka segera la aku redeem buku yang ke-tiga iaitu buku yang penuh dengan gambar aku. Hahaha. Tapi belum sampai lagi la, kan.

Photobook #2
Buku no. 1 aku letak gambar dari zaman bercinta sampai dah beranak 1. Buku no. 2 adalah buku Maryam. Tadi aku bagi dia pegang, asyik dok belek-belek je buku tu. Apa dia ingat lawa nau ke dia? :p



Masa check out dekat website Photobook, kena bayar lagi RM10.49 untuk courier service dan GST. Pejam mata je la bayar. Pengalaman ini semua.

Kena paksa sebenarnya :)
Sebenarnya bukanlah happy sangat tapi teruja sebab dapat tengok muka sendiri dibukukan. Fefeeling Fattah Amin & buku 99 kata-kata apa entah *sorry patah, ai tak ingat tajuk buku yu!*

Lagi setahun baru riki-riki lagi untuk buat buku adik Mizwar pula.

Sekian.

XOXO,
sheayang

Monday, July 31, 2017

Bayview Hotel Langkawi - Favourite Holiday Port

Bismillah.

Assalamualaikum and Hi everyone.

Sedar tak sedar, hujung tahun semakin mendekati. Apa yang best pasal hujung tahun?

Mesti la cuti sekolah. Walaupun mak-mak tetap kena kerja, wajib ambil cuti hujung tahun untuk bawa anak jalan-jalan. Atau untuk kita sendiri yang nak de-stress dari workload yang takkan pernah padam itu. Hihihi.

Bila sebut je pasal holiday, tempat yang terbayang kat dalam kepala otak ni dah tentu-tentu kawasan pulau, ada pantai, angin sepoi-sepoi bahasa meniup muka. Perghhh... Rasa tenang kot.

Langkawi is my favourite holiday spot. Sebab apa? Bukan sebab nak jumpa kekasih lama tapi banyak sebab kenapa Langkawi jadi pilihan.

Aku dah pernah ke Langkawi 2 kali tapi masih belum jelak dan terasa nak pergi lagi. Ye la, hantu coklat, kan? Sejak jadi mak-mak ni belum lagi jejak pulau tu untuk beli pinggan mangkuk. Kalau ada peluang kali ni, harus la mak borong segala pinggan mangkuk yang up-to-date. Banyak je tempat menarik untuk dilawati kat Langkawi ni. Pergi sekali memang kena repeat sebab bukan semua tempat kita sempat nak terjah.

Paling teringin nak cuba tanam padi kat sana. Mana la tau, tangan yang panas ni tiba-tiba jadi sejuk bila sampai di bumi Langkawi, kan. Aku suka je tengok kehijauan. Eh, tetiba.

Part paling penting sebelum bercuti adalah survey hotel. Kalau tak survey awal-awal, mungkin harga jadi mahal, mungkin juga hotel tu penuh. Tak pasal-pasal tidur tepi jalan pula. Kalau setakat makan tepi jalan, orang tak hairan sangat lagi. Kan kan kan.

Hari ni terasa nak share pasal hotel yang best bukan dari segi harga je tapi dari segi facilities juga. Dan yang penting harus selesa.

Front view

Hotel itu diberi nama Bayview Hotel Langkawi. Jarak dari Airport Langkawi dalam 13km bersamaan 25 minit kalau drive. Jarak dari Terminal Feri pula 3km, kalau drive 5 minit je dah sampai. Dekat sangat, kan. Tapi aku lebih suka travel by ferry. Adventure sikit. Lepas tu dapat tengok pemandangan yang mendamaikan.


Lets cemporo

Kemudahan parking disediakan percuma untuk guest. Dah tak payah nak pening-pening kepala nak bayar parking mahal ke apa. Nak keluar masuk hotel buat macam hotel sendiri pun tak de hal la. Kolam renang disediakan untuk aktiviti riadah terutama yang datang dengan famili yang ada anak-anak kecil. Kalau tak dapat nak keluar, boleh je buat aktiviti dalam kawasan hotel. Terjun la pada bila-bila masa yang korang suka. Tapi kalau nak terjun tiruk tu, pandang kiri kanan sikit ye.

Gimnasium

Spa

Abam-abam sado yang takde masa nak workout lepas kerja, boleh la workout sambil bercuti. Hotel ni memang sesuai untuk korang juga tau!


Makanan dan bercuti tak dapat dipisahkan. Camner nak berjalan kalau takde energy,kan? Jadi, memang kena makan banyakkk... Pasal makan pula, tak payah risau. Hidangan semua tip top kat sini. Nak makan Chinese food ke, Western food ke, you just name it. Chewahhh... Bila perut kenyang, hati senang, boleh berjalan dengan riang.

Untuk pengetahuan korang,Hotel Bayview Langkawi ni merupakan salah satu skor lokasi yang terbaik di Pekan Kuah. So, memang no wonder la kalau hotel ni termasuk dalam senarai hotel yang bakal korang menginap nanti.

Ada lagi point yang aku belum sentuh?

Dah tentu la ada. Point yang paling korang tunggu-tunggu. BILIK hotel? Dah tentu bilik skor baik, condition bilik pun baik. Nak tergolek terlentang bersama keluarga tersayang atau kawan-kawan memang selesa. Kalau balik dari berjalan, letak je kepala atas bantal, confirm lelap. Gittew. Hihihi. Wifi disediakan secara percuma di setiap bilik. Bila-bilik nak upload gambar tu senang la. Di hujung jari je semua. Ruang bilik air pun selesa untuk korang membersihkan diri. Susunan bilik yang teratur dan sangat mementingkan kebersihan adalah keutamaan hotel ni. Kemudahan lain yang terdapat dalam hotel ni termasuklah peti sejuk, air cond, televisyen dan sebagainya.



Apa lagi yang korang nak?

Pelayan hotel semua baik-baik dan ramah serta cekap dengn tugas masing-masing. Jadi bila dah macam tu, layanan kepada tetamu semestinya first class! Kalau ada yang kurang tu, bagitau je. InshaAllah diorang akan perbaiki dari masa ke semasa sesuai dengan kehendak dan permintaan pelanggan.

Dah tu, nak tunggu apa lagi? Jom plan pergi Langkawi, dan tempah hotel ni di Traveloka!

xoxo,
sheayang

Wednesday, July 26, 2017

Cara Tukar Blogger Primary Email Address

Bismillah.

Assalamualaikum and Hi everyone!


Rasanya dalam sebulan dua ni tidur tak nyenyak mengenangkan nasib blog ni. Sadis teruk ni. Email punya hal, rasa nak delete je segala socmed yang ada. Semakin celaru.

Dalam usaha cuba meng'standardize'kan agar nampak lebih kemas dah teratur. Tapi yang pasti blogpost tidak akan didelete. Sayang tu. Kenangan muda remaja terpahat di situ. Lantak la nampak tak senonoh ke apa. Bak kata otai 'blog aku, suka aku la nak tulis apa'. Gittew. Asalkan berpada-pada la dalam menulis. Jangan tulis yang bukan-bukan, lepas tu kena viral, kena kecam lagi, haaa, siapa nak jawab? Salah sendiri, kan?

Eh, terpanjang pula mukadimah saya hari ni.

Sebenarnya, ada beberapa sebab kenapa kita nak tukarkan primary/login email address ni.

Selalunya, kita create blog dengan email id yang tak kena. Macam kes aku la ni. Email emily[dot]ivani[at]gmail[dot]com, tiba-tiba blog sheayang.blogspot.my pula. Orang akan jadi confused di situ. Ini juga la sebab utama kenapa aku nak sangat tukar email address.

Kalau tujuan kau buat blog to earn money, mesti ada apply dekat Nuffnang ke Google Adsense ke atau mana-mana affiliate marketing. Dan bila kau guna email yang berbeza untuk log in blog dengan website berkaitan, akan timbul masalah di situ.

Bila kau ada banyak blog dan susah nak manage dari email id yang berbeza. Jadi, boleh ubah email id untuk terus manage blog-blog itu dengan menggunakan satu email id sahaja. Senang, kan?

Jadi, mari saya ajarkan cara-cara nak tukar login email address untuk blogger kepada anda.

1. Buat email id baru seperti yang anda mahu.

2. Log in ke akaun blogger menggunakan email id sedia ada.

3. Di Blogger Dashboard, cari Settings > Basic. Kemudian, cari Permissions dan anda akan nampak Blog Authors.



4. Klik pada Add Authors dan send invitation pada email id baru anda.

5. Log in email baru anda dan accept invitation berkenaan.

6. Bila invitation telah diterima, anda akan nampak email id baru sebagai Author. Anda boleh tukar role dari Author ke Admin

 

7. Log in blogger menggunakan email id yang baru. Anda akan nampak email id anda dengan kuasa Admin. Anda boleh remove email id yang lama dengan menekan butang X.

8. Settled! Jadi sekarang apa-apa yang berkaitan dengan blog, aku guna email id baru > sheayang86[at]gmail[dot]com. Hihihi.

Dah boleh nyenyak la tidurku nanti.

Sekian.

Sumber :  Ankit Singla

xoxo, 
sheayang