HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Saturday, November 29, 2014

Jangan Bunuh!

Sumber : Pakcik Gugel yang baik hati

Bismillah.

Sebagai manusia, kita ni ada binatang yang kita suka dan tak suka. Normal la tu. Tapi bila sampai bab serangga, aku rasa ramai antara kita kalau asal jumpa, asyik nak membunuh je. Maklumlah, serangga tu besar mana sangatlah saiznya, kan?

Ni cerita tentang semut. Yang dah pernah baca, baca lagi sekali. Kih kih kih...

Kalau nampak semut banyak-banyak dalam rumah seperti yang pernah dipesan oleh Nabi kita junjungan Rasullullah dulu kita ucaplah...

"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yang sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yang berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"

Sumber : Pakcik Gugel yang baik hati

Jika kita tak suka semut-semut berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect ke sheildtox ke bakar semut-semut tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s sebab semut-semut ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s. Semut-semut ni juga serangga yang sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa. Kisah semut ni pun ada disebut di dalam Al-Quran iaitu surah ke-27 bertajuk Al-Naml.

Sumber : Whatsapp

Kalau nak share, silakan.


XOXO, sheAYANG

Post a Comment