HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, September 19, 2014

Cabaran 30 Hari [Hari 9] - 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian SheAyang


Bismillah.

Lelaki dan perhatian sukar dipisahkan dari diri wanita normal. Jangan tanya aku bab wanita tak normal ye.

Masa zaman sekolah dulu, aku dan kawan baik aku ni ada satu perangai suka menconteng kulit belakang buku. Kat situ la nak tulis nama 'crush', ciri-ciri lelaki idaman dan sebagainya. Punya la buruk perangai budak all-girls-school ni. Nasib tak jadi lesbian! Ahahaha...

Maka dengan itu, topik ni ibarat petik jari, tutup mata pun boleh buat. Chewah. Riak sungguh!

Ayuh kita lihat siapa yang jadi pilihan ku! :)

I like u! Ahahahha

1) Dr. Fazley - Baca : Berketerampilan.
Apa-apa pun kena tengok bahagian luar dulu. Kemas itu wajib! Walaupun tak berapa hensem (Eh, perangai kau!). Baru nampak berkarisma dan menjadi pojaan hati.


Ishhh...Mata dia...

2) Zul Ariffin - Baca : Berbadan sasa.
Mula-mula letak nama Aaron Aziz.Tapi teringat cerita 'Rindu Awak 200%', letak la nama heronya. Ahahaha. Yang orang dok kata sekarang 'sado, sado, abang sado!'. Ni memang aku suka. Dulu masa belajar, cari la jugak brader berbadan sado untuk dijadikan boifren, tapi tak lekat plak. Sebab depa ingat aku ni budak-budak lagi kot. Huhuhuhu...


Yes boss!

3) Remy Ishak - Baca : Berkulit Melayu.
Aku tengah fikir pelakon lelaki mana yang berkulit putih. Seriously, tiba-tiba blank! Ada yang cakap Remy Ishak kalau depan-depan macam Bangla tapi kesah apa aku. Janji kulit dia Melayu! Eh, fanatik Remy Ishak plak tetiba.



4) TMJ - Berkereta mewah.
Wah, mewah sangat uols. Nampak tak kat mata aku ada simbol $$. Ahahaha. Eh, tipu la kalau korang tak terpandang lelaki berkereta mewah walaupun setakat Toyota Vios atau Honda City. Kalau yang naik Proton atau Perodua, korang setakat jeling je kan. Ngaku cepat!



5) Irfan Khairi - Bekerjaya.
Bila lelaki tu bekerjaya, maknanya dia stabil, mampu untuk sara kau. Kalau ada kerja yang bagus tu kira bonus la. Kalau kerja yang biasa-biasa tapi dia komited, kau harus bangga. Maklumlah sekarang ni banyak je yang kerja berpangkat tinggi tapi kena tangkap dengan SPRM. Check balik bagi anak bini makan pakai duit apa woi...!

Ini guideline aku untuk cari jodoh dulu. Dulu la ceritanya kan. Tapi apa yang kita minta, tak semua Allah bagi. Ada hikmah kot. Kalau bagi semua kang, jadi takbur plak. Berat plak kaki nak masuk syurga. Hik hik hik.

Daripada guideline aku ni memang nampak aku hanya memandang luaran je kan. Sebab, kata yang 'menarik perhatian'. Mesti tengok sekali imbas, bukan kenal secara mendalam. 

Ni entry aku, aku punya pasal la nak tulis apa. Kalau tak puas hati, moh jumpo dopan-dopan. Ahahaha. 

p/s : Rasa macam dah nak give-up dah ni.Uwaaa.... :'(

#Cabaran30Hari
#KelabBloggerBenAshaari

XOXO,
sheAYANG

Post a Comment