HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, May 9, 2014

#64 : 4 sikap orang yang berjaya.


Bismillah.

Hari Jumaat yang mulia ni, saya nak kongsi sikit pasal sikap-sikap orang yang berjaya.

Ramai di antara kita yang nak berjaya, tapi cakap takat kat mulut je la. No action taken!

Saya pun acapkali macam tu juga. Jadi, meh la kita tengok apa kriterianya.

  •  Sentiasa buat yang terbaik dalam semua perkara. ^^ Bukan buat takat suka-suka. Buat ala kadar pun tak mahu. Kena buat bersungguh-sungguh. Bila kita buat sehabis baik, orang akan dapat rasa aura kita. Dari situ boleh timbul kejayaan.
  • Selalu habiskan apa yang dia mulakan. ^^Ramai antara kita suka buat kerja separuh jalan. Hari ni, meniaga kedai runcit. Bila tak laku, esok buka kedai dobi pula. Kerjanya, sekerat sekerat. Cepat sangat putus asa.
  • Pantas dalam tindakan. ^^Contoh yang terbaik untuk point ni ialah negara China. Bukan saja laju dalam bidang produksi, tapi laju dalam tindakan juga. Dalam erti kata lain, tamak. Tapi tamak yang berunsur kebaikan la.
  • Tiru orang berjaya yang lain dengan cepat. ^^Jangan tiru cara berpakaian je, tiru attitude mereka, pemikiran mereka, baru la boleh berjaya, inshaAllah.

p/s : Cuba penuhi semua kriteria, tapi biasalah, benda baik memang susah sikit nak ikut. Hehehe. One day, inshaAllah. May Allah ease everything.




XOXO,
sheAYANG

Post a Comment