HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Wednesday, January 27, 2016

Pending

Bismillah.

Banyak cerita pending kat draft. Banyak juga yang stuck dalam kepala otak. Tapi takpe, bukan semua boleh/kena share dekat sini. Simpan sendiri je la. Hehehe.

Bila duduk sorang-sorang sambil tatap wajah anak, rasa sayu kot. Teringat kat mak. Sejak dari Ibu ni, asyik nak touching je. Kadang-kadang kalau baca qoute kat timeline FB pun air mata dah bergenang dah. Kalau kena time kat office, cepat-cepat capai tisu atas meja. Kalau dah emergency sangat, hujung baju/tudung la jadi mangsa. Kikiki...

Haishhh... Hilang idea dah nak merepek since saja drop by blog ni taknak bagi sepi. Baru je hilang 1 followers hari ni. Maknanya, blog ni semakin membosankan la ye.

Takpe takpe. Nanti kita serikan lagi. Till then. 

XOXO,
sheayang

Friday, January 22, 2016

Al-Fatihah, TokBah.

Bismillah.


Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Manaf bin Jusoh, arwah Abah kepada abang iparku yang sulung yang telah pergi mengadap Illahi pagi tadi. Semoga rohnya di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. Arwah pergi meninggalkan isteri, anak-anak dan cucu-cucunya di hari penuh mulia. Sebak. Tak dapat nak tulis lagi.

Assalam,
sheayang

Wednesday, January 6, 2016

It's 2016!

Bismillah.

Hi semua. Sungguh saya kelewatan menaip entry ini. Maklumlah, bahagia rasanya berada pada tahun 2016. Hahaha. Poyo sangat okay!

Dah enam hari berada dalam tahun baru. Taklah janggal mana. Menulis/menaip pun tak tersasul tulis 2015. Alhamdulillah, diberi ingatan yang kuat dari Allah.

So, what's up? Azam baru? Nayyy... Basi dah tu.

Azam saya cuba untuk menulis di blog indah tapi sepi ini. Tapi first day je dah failed. Hihihi. Allah masih sayangkan saya dan orang di sekeliling saya. Dia bagi masa ngam-ngam je untuk nikmati hidup ini. Takkan saya nak sia-siakan untuk perkara yang kurang penting. 

Ya, online tu kurang penting sebenarnya. Jangan marah. Ini hakikat.

Untuk wanita yang belum berumahtangga dan ada anak, you can still enjoy online life. Untuk mak-mak macam saya ni, elok lagi kehidupan offline. Banyak benda nak share virtually, tapi seperti yang saya dah mention, masa tu terhaddddd...

Okay. Okay. Need to catch up other things. See you then.

Happy 2016 :)

XOXO,
sheayang