HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Saturday, July 26, 2014

#95 : Puding Karamel

Bismillah.

Eh eh... Sedar tak sedar, dah nak raya la. Huhuhu... Seronok tak?

Gila tak seronok. Asal buka radio je, keluar lagu raya. Baru mood boleh datang. Walaupun, tak tau sempat rasa rendang ke tak. Harap-harap sempat la ye. Hehehehe...

Bila dah dekat nak raya ni la aku sibuk nak buat try and error ke atas bahan-bahan pastri di dapur, kononnnn....

Jadi, kekdahnya sebab terlebih masa terluang tu, aku cuba la buat Puding Karamel sebab setelah ku gugel dan YT kan, senang je nak buat rupanya. Maksud aku, bahan dia yang senang. Tapi berpeluh juga la aku duduk kat dapur sorang-sorang. Risau kot tak jadi, memang ke longkang diamnya. Ahakzzz...

Meh layan gambar dulu.

puding karamel sheayang
Mini

puding karamel sheayang
Sebelum diterbalikkan

Saja aku buat dalam bekas acuan muffin sebab nampak comel sikit kan. Pastu, tak rasa malu sangat la kalau nak makan tu ambil sorang satu. Tapi bila nak terbalikkan tu gak mencabar sikit. Korang fikir la sendiri camner k.

Resepi aku dapat dari Youtube TryMasak. Kalau tengok duration dia buat, memang kau akan rasa confident dapat siap cepat. Hakikatnya? Ahahaha...

Okay.

Bahan-bahan :
  • 2 biji telur
  • 200 liter susu segar
  • 1 senduk gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Mentega (sapu pada acuan)
Bahan untuk Gula Karamel :
  • 1 senduk gula
  • 2 atau 3 sudu besar air

Cara Penyediaan :

  1. Untuk membuat gula karamel, masukkan gula ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. 
  2. Kacau sehingga gula cair dan berwarna keperangan.
  3. Kecilkan api dan masukkan air. Lakukan dengan pantas supaya gula tak hangus.
  4. Kacau rata hingga gula sebati dan tutupkan api.
  5.  Sapukan mentega pada acuan dan kemudian masukkan gula tadi ke dalam acuan tersebut.
  6. Untuk membuat puding pula, masakkan susu segar dan gula di atas api yang kecil.
  7. Dalam bekas lain, masukkan telur dan esen vanilla dan kacau selama 10 saat. Boleh guna mixer atau blender.
  8. Masukkan adunan susu panas tadi dan gaul sebati bersama telur. 
  9. Perlahan-lahan curahkan adunan tadi ke dalam acuan.
  10. Kukus lebih kurang selama 40 minit atau sehingga masak.
  11. Setelah masak, biarkan seketika pada suhu bilik. Boleh juga diletakkan di dalam peti sejuk.


puding karamel sheayang
Hasil

puding karamel sheayang
Dua yang belakang tu cacat sikit

Jujurnya, hasil yang aku buat tadi agak pahit karamel tu mungkin sebab gula hangus kot. Huhuhu. Tapi takpe. Kita dah cuba, kan...

Korang plak, bila nak cuba?

XOXO,
sheAYANG

Post a Comment