HOME DASHBOARD INSTAGRAM TWITTER FACEBOOK PARENTING

Friday, December 27, 2013

#36 : Yang Ke-27 :)

 
Bismillah.
 
Semalam.
Bertambah lagi usia setahun.
Dengan status baru.
Aku bersyukur ke hadratMu, ya Allah.
Memberi aku ruang dan peluang.
Untuk terus bernafas di bumiMu ini.
 
Semoga Allah terus memberkati kehidupanku pada masa-masa akan datang, inshaAllah.
 
Untuk mereka yang memberi ucapan, aku panjatkan doa untuk kalian jua. InshaAllah.
 
 
Salam tua,
sheAYANG
 
 
sheayang.blogspot.com
Dari suami :)

Wednesday, December 18, 2013

#35 : Gadis Jolobu




Gadis Jolobu
Produced by DJ Fuzz
Lyrics by Waris & Dato Hattan

Chorus

(Dato Hattan)

Ko jolobak ko jolobu 
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memanadai mandai

(Waris)

Coghito eh bermulo,mulut ughang kampong
Kisah ramai gadis cantik kek jolobu berkampung
Ughang luar datang luar nak cari'an joki
Lain pulak jadi eh terpikek nak buek bini
Tapi silap,kono komat sampai tinggalkan keluargo
Kopit bawah kotiak bini tanggungjawab lupo
Omak ayah rindu tapi dio buek bodoh
Dah takdo monyosa monangih dopan kubur aiii

Chorus

(Dato Hattan)

Ko jolobak ko jolobu 
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai mandai


(Waris)

Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap,napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dlm hutan
Zaman dah boghubah, adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie, mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti

Poie tanyo omak,poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
"sebagai suatu warisan"

Chorus

(Dato Hattan)

Ko jolobak ko jolobu 
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai mandai

(Dato Hattan)
Wak wak makan padi si lomang dalam buluh
(Waris)
Kok dah dapek yg dicari jgn terlansung semayang subuh
(Dato Hattan)
Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi nak siang
(Waris)
Kok dah dapek oghang jolobu tak sabar nunggu malam ko siang

(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap,napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dlm hutan
Zaman dah boghubah, adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie, mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti

Poie tanyo omak,poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
"sebagai suatu warisan"

Chorus

(Dato Hattan)

Ko jolobak ko jolobu 
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai mandai

Sumber : YouTube

Gadis Ulu,
sheAYANG

Monday, December 16, 2013

#34 : Sivik


Bismillah.

Hanya sedikit luahan dari hati.

Satu hari, gua angkat kotak yang dalamnya ada dua rim kertas A4, sarung tangan dan pen.
Dari blok ke blok lain. Dari pejabat utama ke pejabat gua.
Sedikit berat tapi tak mengapa.
Masih berdaya.

Seorang lelaki Nepal; "Kakak, mari saya tolong angkat."
Gua cuma jawab; "Tak apa. Dekat saja."

Gua merentas jalan.
Bertembung lelaki Melayu.
Hanya sengih dan angkat kening.

Dalam hati gua; 'Tak apa. Dekat saja.'

Sengih,
sheAYANG

Sunday, December 8, 2013

#33 : Terima Kasih, semua. ♥


Bismillah.

Sudah genap sebulan dan seminggu bergelar 'ISTERI'. Masih belum memikul tanggungjawab dengan sepenuhnya. Masih berjauhan dek kekangan kerjaya. Masih lagi dilamun cinta, moga-moga hingga pergi menghadapNya.

Cuma yang masih belum tertunai, ucapan TERIMA KASIH untuk semua yang sudi membantu, hulur tenaga, berpenat lelah demi majlis nan satu ini.

Aku masih terhutang budi dengan kamu semua. Tak tahu bagaimana cara untuk membalasnya. Kerana aku manusia biasa cuma. Kudrat tak mampu hanya bisa bicara. Berjuta-juta lemon kasih sayang mahu ku kongsi. Moga kalian sudi terima seikhlas hati.


Pada keluarga, sokongan kalian amat aku hargai. Segala nasihat, pengalaman dan cerita akan cuba dihadam dalam kepala otak. Moga dari jadi yang lebih baik dari diri aku yang sebelum ini.

Pada jiran-jiran yang jauh dan dekat, tenaga kalian harapnya tidak sia-sia dengan terdirinya sebuah masjid. Aku sudah tidak punya kata untuk meluahkan rasa puas, senang dan terharu dengan apa yang kalian sumbangkan.

Pada sahabat, rakan dan teman, terima kasih...! *lap air mata dengan hujung baju*

Sayang kamu semuaaaaaaaa..........!!!!

Love,
sheAYANG

Monday, October 21, 2013

#32 : 11 hari

Bismillah.

Malam tadi aku tidur tak lena. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena.

Sumpah aku penat.

Lepas kemas rumah, aku keluar pergi cari hadiah untuk Iris. Lepas tu pergi tengok pakej spa. Kemudian, berkejar plak gi attend birthday party Iris. Lepak chill borak gossip. Balik. Belum sempat punggung cecah kerusi, kena keluar semula pergi ambil ubat pak sedara. Lepastu gi ngeteh jap.

Balik. Mandi. Solat. Check handphone. Baring. Pusing-pusing. Guling-guling. Mata dok terkebil-kebil. Stress sungguh keadaan gini.

Aku ni kalau lambat tidur sket, mula la nak flu la resdung la sinus la segala sakit dari hidung ni keluar. Sudahnya, bapak aku nak bangun Qiamulaill pun, aku masih dok terkebil. *alarm je bunyi tapi abah tak bangun pun*

Aku rasa dalam pukul 4 lebih baru aku terlena sekejap sebelum mak kejut suruh bangun pergi kerja. Dek kerana malas bertingkat-tingkat, aku pun memonteng. *dalam bulan ni dah 2 kali* 

Bila aku check kalendar, tinggal 11 hari. Sebelas hari je woi. *sambil mengucap*

Malam ni kalau tak boleh tidur jugak, aku hantar resign notice 24 hours. :p

Debar,
sheAYANG


Thursday, October 10, 2013

#31 : Checklist

Bismillah.

Just a quick update. Quick checklist btw.

- Borang Nikah - Done
- Barang hantaran - Done
- Baju Nikah - On the way
- Baju Sanding & Make Up - Desopit Paid.
- Spa - Belum booked
- Dentist - Belum set appointment

Gua relax-2 je. Tu je benda yang gua tunggu nak buat. Yang lain, mak pak gua uruskan. Senang jadi anak perempuan bongsu. Tapi gua je tak suka. Terhalang dan dihalang. It's okay. Nanti dah kawen 10 tahun, gua bersanding lagi sekali, inshaAllah. Huhuhu.

Chillax,
sheAYANG

Sunday, September 29, 2013

#30: Skrub Kopi


Bismillah.

Semoga entry ini bermanfaat.

Sebagai first timer bride-to-be, gua rasa semua orang akan rasa serabut, gelabah, huru-hara dan bermacam-macam lagi. Kalau orang lelaki serabut fikir pasal duit hantaran, kita yang perempuan ni MESTI serabut pasal hal diri sendiri.

Siapa yang tak nak nampak gorgeous pada hari bahagia kannnn?

Gua hantu kopi. Bukan hantu, maksud gua, gua suka minum kopi. Suka gilaaaa... Tapi gua tau habit tu tak bagus sebab gigi gua dah nampak kuning. Dah la jenis tak larat nak jumpa dentist. Pasal kafien berbahaya tu gua takde hal sangat, bukan gua hisap ganja ke morfin ke, ye dak? 

Jadi sekarang gua minum kopi secara berkala. Buat masa ni la. Hehehe. Dipendekkan cerita, disebabkan gua terlebih rajin minggu lepas, gua pergi la blender hampas kopi untuk dibuat skrub badan. Tiada pembaziran kannnn....


Bahan nak buat skrub kopi :
- Serbuk kopi / Biji kopi / Hampas kopi (Segenggam)
- Minyak zaitun / Madu (3 sudu besar)

Gua guna hampas kopi. Suka hati korang la kalau nak bereksperimen, gua okay je. Kalau rasa-rasa kaya tu, boleh guna serbuk atau biji kopi. Tapi biji kopi tu kena la kisar kasi hancur dulu. Hampas kopi yang gua guna tu agak kasar juga, jadi gua pilih untuk blend.

Cara menggunakan :
- Campurkan skrub kopi dengan minyak zaitun / madu
- Bersihkan badan dengan tuala lembab
- Lulur skrub ke seluruh badan dan biarkan dalam 10-20 minit
- Mandi dan sabun badan seperti biasa

Orang Malaysia ni memang manja. Jadi, gua kena la guide. Gua pilih campur kopi dengan minyak zaitun since kat rumah takde madu masa tu. Kalau nak tambah minyak lain pun boleh juga asalkan bukan minyak masak, minyak angin atau minyak petrol. Minyak petrol dah mahal kotttt...

Dalam erti kata lain, boleh guna massage oil / aromatherapy oil. Cara nak sental tu tak perlu nak ajar kot. Cuma elakkan menyental terlalu bersungguh-sungguh pada bahagian payudara. Gua sampai menangis nak tidur akibat sentalan berkenaan. Lesson learned la. Bahagian alat sulit tu gua rasa tak payah pakai scrub sebab itu kan sensitive area. Lagipun, apa guna ada hygiene wash?

Bahagian yang kena fokus adalah siku dan lutut, bahagian tengkuk jangan dilupakan.

Untuk hasil yang mengagumkan, sila amalkan petua ini 2 kali seminggu. *rasa macam buat iklan dah*

Gua bab nak kongsi info ni memang fail sikit sebab tu gua tak dapat jadi cikgu.

Tapi gua rasa semua orang tau khasiat kopi ni kan?

Kalau tak tau mohon google ye. Hehehe. Sorryyyyyyy.....

Sekian,
sheAYANG

Friday, September 20, 2013

#29 : Kali ini saja, Mak.


Aku tau,
Mak nak yang paling sempurna untuk aku,
PALING.
SEMPURNA.

Tapi,
Jauh di sudut hati anakmu ini,
Tidak mahu engkau rasa dibebani,
Biar saja aku yang tanggung sendiri,
Paling tidak untuk kali ini.

Terima kasih, Mak!

Thursday, September 19, 2013

#28 : Awkward Moment


Apa perasaannya?
Selama ni kau minta tolong kat aku,
Menyibukkan hidup aku,
Lepas tu kau blah.

Apa perasaannya
Bila terserempak,
Kau buat tak endah aku,
Walaupun duduk semeja.

Aku ke yang patut minta maaf?

Feeling guilty,
sheAYANG


Monday, September 16, 2013

#27 : Raih

Bilamana seorang manusia dahagakan perhatian,
Dia sanggup meraihnya dengan apa cara sekalipun,
Hatta menangis di depan orang kesayangannya.

Salam,
sheAYANg

Monday, September 2, 2013

#26 : Cerita 31 Ogos


Sebenarnya, 
Ada hari yang lebih penting dari Hari Merdeka.
Ada hari yang lebih istimewa dari Hari Merdeka.
Ada hari yang lebih bermakna untuk dirai dari Hari Merdeka.

Pasangan tua ini,
Bersama dari Ogos 31, 1979
Hingga kini
Sudah 34 tahun

Purnama demi purnama 
Diharungi bersama
Onak dan duri
Tabah menghadapi

Aku di sini
Akan terus mendoakan
Semoga kebahgiaan mereka
Menjadi penguat untuk aku
Kecap bahgia yang sama
Nanti.


Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke-34 tahun, Mak & Abah

Thursday, August 29, 2013

#25 : Pergi mati


Ada sedikit rasa give-up dalam diri
Tatkala semua orang tak ambil peduli
Nak harung macam mana lagi?

Tak nampak muka aku serius macam nak mati?

Rileks dulu,
sheAYANG

Wednesday, August 28, 2013

#24 : Sedia


Masih kaku
Menunggu hari ditunggu

Bersediakah aku? 
Bersediakah aku? 
Bersediakah aku?

Getar
Debar
Bersatu 
Memecah menjadi beribu

Jangan gusar
Usah kesal
Penuhkan kobar
Kerana kau kental

Salam,
sheAYANG

Thursday, August 15, 2013

#23 : Dah jumpa dah bulannya...!

Bismillah.

Syukur semuanya sudah dibincangkan. Harap-harap tiada lagi halangan lepas ni. Maksud aku, halangan mengenai tarikh. Aku harap semua setuju dan tak sentap-sentap lagi. 

Maaf-lah aku terpaksa bekerja pada hari tersebut. Cuti tak banyak.

Okay. Lagi lebih kurang 2 1/2 bulan dan biasa-lah, mesti akan rasa gementar punya.

Semoga Allah permudahkan segalanya. Aminnn...

Sumber : Pakcik Sayang

Dapat yang sempoi macam ni pun, jadi-lah. Besederhana tu kan lebih baik, inshaAllah.

Salam,
sheAYANG

Monday, August 12, 2013

#22 : SHRMZB, people!

Bismillah.

Assalamualaikum,

Allah masih panjangkan usia aku dan kalian untuk terus bernafas di atas muka bumi yang fana ini. Ayat ni kalau boleh, tak nak mengalahkan ustazah. Nanti sentap. Be humble je sudah la ayang. Bukan orang kenal kau pun di alam maya. Kau bajet-bajet baik pun ada orang dengki. Buat buruk, lagi la orang mengata.

Ah, sudah. Melalut ke laut pulak.

Hari aku menaip entry ini lagi 9 minit nak menuju ke hari raya yang ke-5. Makanya, akan menjelang hari Isnin. Dan secara otomatiknya, hari Isnin adalah hari aku mula bekerja kembali. Oh no...!!

Oh, yes. Alhamdulillah. Allah masih bagi aku kudrat untuk mencari rezeki. Syukur sangat ya Allah.

Dan di kesempatan ini, aku taknak taknak dan taknak ketinggalan untuk ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri Mulia Ampun Maaf Dipinta Mencuci Hening Dosa' ... So, shortform tahun depan akan ditukar kepada 'SHRAMAMDMHD'... Sumpah memang mintak penyepak di hari raya kannnn....

Mohon untuk aku teruskan ucapan.

Dengan ini, aku nak minta maaf zahir dan batin kepada semua orang yang aku pernah buat salah. Terkutuk, terumpat, tersekeh kepala, tertackle kaki, terkenyit mata, terbisik-bisik benda tak baik, tertengok apa yang tak patut, terajak pergi ke tempat tak senonoh, banyak sangat TER. tak TERmampu nak taip sudahnya. 

Hidup manusia ni penuh dengan maksiat. Apa saja maksiat, mohon ditinggalkan segera. Bulan Ramadhan adalah permulaan untuk sesuatu yang baik. Jadi, istiqamah-lah dalam meneruskan perkara yang baik itu. * #self-reminder *

Semoga Allah menerima segala amalan kita. Dan semoga Allah permudahkan urusan taubat kita. InshaAllah.

Sekian,wassalam.

Sayang,
sheAYANG

Saturday, August 3, 2013

#21 : Cita-cita

Bismillah.

Assalamualaikum,

Lagi beberapa hari lagi nak raya. Semua orang dah mula buat kuih, atau mungkin dah siap kuihnya. Semua orang dah start beli baju raya, yang mungkin dah berbulan diambil dari tailor. Dan semua orang, I mean budak-budak dah start main mercun here and there, atau mungkin ada yang dah masuk hospital. Okay. Gurau.

Asal nak raya je aku akan jadi orang yang paling stress dalam rumah. Nak kemas itu ini, tapi tenaga tak mencukupi. Nak alih perabot itu ini tapi kudrat tak dapat tampung. Stress, kan? Cita-cita nak buat rumah macam syurga tapi bila nak merealisasikan tu punya azab. Betul orang tua-tua cakap, bukan senang nak senang. *tiba-2*

Aku ni banyak sangat konflik dalam diri. Hati ni jahat sangat dok suruh buat benda tak patut. 

Genap setahun aku kat company baru, awal bulan Julai lepas. Dah setahun kira baru ke? Hehehe. Kerja seronok, tengok Bangla dengan Nepal bergaduh, tengok Indon dengan Bangla bercinta, tengok Sales dengan Production bertekak. Seronok. Sangat seronok. Tapi bila fikir-fikir balik, aku rindu dengan hidup aku yang gemilang dulu. 

Gemilang sebab kerja okay, pangkat ada, gaji mampu beli apa yang aku nak. Cuma aku je bodoh. Bodoh sikit je. Tak fikir panjang. Buat keputusan semua ikut nafsu. Ikut perasaan. Ikut rasa serabut dan celaru. Tapi menyesal kemudian apalah gunanya kan?

Aku banyak kali tanya pada diri.

Apa cita-cita kau yang sebenar?

Dan sampai sekarang aku masih tak jumpa jawapan. Jawapan yang sebenarnya datang dari dalam diri aku sendiri. Takkan aku tak kenal diri sendiri?

Aku serah takdir aku bulat-bulat pada Allah. Teruknya aku. Langsung tak nak usaha perbaiki diri, tak ada inisiatif nak majukan diri. Memang teruk. Dan aku tambah malu bila adik-adik bawah aku tanya pasal misi visi hidup aku, objektif hidup aku, kerjaya aku, matlamat aku. Aku boleh je sembang kencang dengan diorang tapi apa hasilnya untuk diri aku. Sampah!



Kadang-kadang kita pilih jalan berbeza dari orang lain. Kita marah bila orang lain tentukan hala tuju hidup kita. Kadang-kadang mereka cuma bagi petunjuk untuk kita nilai bukan untuk kita ikut. Dan sering terjadi juga kita pilih untuk buat benda yang kita suka tapi akhirnya ia menjahanamkan kita. Make sense!

Tak larat nak merapu. Lagi dilayan, lagi serabut jadinya.

Saya mohon undur diri.

Raya ini, instead of ucapkan 'Selamat Hari Raya' cuba ubah cakap 'Moga Allah menerima amal saya dan juga kamu'.

Salam,
sheAYANG

Thursday, August 1, 2013

#20 : Sisi Gelap



Sisi gelap tidak mampu diubah,
Sukar untuk dilupa,
Jadikan saja ia sebagai tauladan,
Untuk kau mengembara,
Jauh ke masa depan.

Cintai aku kerana aku,
Jangan membenci aku kerana masa silamku,
Kerana setiap insan,
Punya sisi gelap yang berbalam.

Sekian,
sheAYANG

Wednesday, July 31, 2013

#19 : Between Bismillah and Assalamualaikum

Bismillah.

Assalamualaikum, :)

Now I know which one to put first. In every single things we do in life, should start it with BISMILLAH. 

BISMILLAH - in the name of Allah / dengan nama Allah.

I feel so grateful to be born as Muslim. Born to a holy religion. Born to worship Allah as my God. Born as ummah of prophet Muhammad.

Islam is the way of life. Always and forever.

Salam,
sheAYANG

Monday, July 29, 2013

#18 : 7 Rules of Life

Assalamualaikum,

Something to share with you guys.



1. Make peace with your past so it won't screw up the present.
2. What others think of you is none of your business.
3. Time heals almost everything, give it time.
4. Don't compare you life to others and don't judge them. You have no idea what their journey is all about.
5. Stop thinking too much. It's alright not to know the answers. They will come to you when you least expect it.
6. No one is in charge of your happiness, except you.
7. Smile. You don't own all the problems in the world.

So people, just enjoy your life. Don't bother bout others cause sometimes they make you feel uncomfortable with your own life. 

Take care.

XOXO,
sheAYANG

Sunday, July 28, 2013

#17 : Fatihah

Assalamualaikum,

Sekadar perkongsian pada 19 Ramadhan ni.


Aku rasa tak lengkap ibadah kita kalau kita tak faham apa maksud di sebalik bacaan kita. Perbezaan bahasa bukan penghalang. Kita sebagai Islam kena-lah ada inisiatif dan bersikap ingin tahu. 

Kadang-kadang kita ni diajar untuk menghafal saja. Sama-lah macam kat sekolah. Hanya belajar fakta. Bukan belajar untuk berfikir. Sampai bila?

Take a small step to go for a big one. InshaAllah.

Salam,
sheAYANG

Thursday, July 18, 2013

#16 : AshrafMuslim


Assalamualaikum,

Bahan tohmahan hari ini adalah Ashraf Muslim.

Aku bukan nak mengutuk jauh sekali menghina sebab aku sedar manusia tu sering berbuat silap. Tapi kalaulah Ashraf tu sedar sifat semulajadi manusia tu, aku pasti takkan sampai ke Thailand dia tu. 

Hentikan segala lakonan kau. Tak penatkah kau berlakon lagi? Lakonan yang menipu isteri, mengguris hati isteri? Mana kau letakkan 9 akal kau?

Bernikah itu sunnah Nabi. Ya, kau dah ada satu. Tapi kau nak tambah lagi. Sudahkah kau muhasabah diri? Sudah rasa diri tu cukup adil? Sudah rasa diri tu mampu dari segala segi? Sudah buat solat istikarah?

Sudah-sudah lah.

Salam,
sheAYANG


Monday, July 15, 2013

#15 : Musibah Ramadhan

Assalamualaikum dan hai,

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah masih lagi kekal berpuasa. Walaupun kadang-2 perut meragam tapi itu semua lumrah. Lumrah kehidupan.

Ajal maut jodoh pertemuan juga lumrah. Takdir Allah.

Musibah, tak pernah patah. Jangan pernah leka dan mengalah.

Tiga kronologi kemalangan minggu lepas. Sabtu, Ahad dan hari ini, Isnin.

Sabtu, kakak aku dengan suami beserta anak kemalangan di Seremban. Nasib tiada kemalangan jiwa. Cuma kenderaan sedikit rabak. Kenderaan buatan Jepun laju dari belakang menghentam bonet kereta. Demi mengejar 'ayam' di pusat hiburan khabarnya atau mabuk tak ingat dunia. Wallahua'lam.

Ahad, kawan sekerja mak pergi menghadap Ilahi. Gadis berumur 24 tahun dari Segamat bertolak ke tempat kerja di Hospital Tuanku Jaafar selepas sahur bersama keluarga. Kereta terlanggar lopak air dan terbabas melanggar pokok. Agak tragis. Niat untuk mencari sesuap nasi untuk diberi kepada keluarga berakhir sampai di situ.

Isnin, suami kepada rakan sekolah rendah terlibat kemalangan dengan lori treler ketika umat Islam lain mahu bersahur. Dengarnya arwah baru pulang dari kerja. Usia perkahwinan baru menjengah dua tahun dan anak baru berumur lebih kurang 7 bulan. Kehilangan ayah di usia kecil.

Semua ini ketentuan. Yang pergi, pasti Allah lebih sayang. Lagi pula dalam bulan mulia ini.

Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya sentiasa diberkati dan dicucuri rahmat.

Al-Fatihah.

Salam,
sheAYANG

Wednesday, July 3, 2013

#14 : Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran, En. Tunang!

Assalamualaikum dan hai,

Julai sudah tiba. Hari pertama, bulan Julai adalah hari jadi Encik Tunang. Hari yang penuh debaran sebab tak prepare apa-apa. Tiada celebration atau hadiah, cuma makan malam yang suam-suam kuku di restoran kegemarannya. Aku agak geram dengan diri sendiri yang sering terlupa tarikh-tarikh penting. 

Tak guna gajet canggih kalau tak pandai guna, bisik hati  aku. Jadi, malam ni aku akan mula update segala tarikh penting mahupun yang tak berapa nak penting dalam gajet ini.

Buat Encik Tunang, saya tahu kamu tidak mungkin akan baca entry ini kerana kamu sendiri tidak tahu kewujudan blog ini. Saya  doakan Allah sentiasa memurahkan rezeki kamu, diberi kesihatan yang baik buat kamu, panjangkan usia hayat-mu, mempermudahkan urusan duniawi dan ukhrawi-mu dan menjadikan kamu hamba yang sentiasa beriman pada jalan-Nya, inshaAllah.

Saya sayang kamu dan harapnya kasih sayang ini Allah panjangkan dengan ikatan perkahwinan dan limpahkannya hingga ke Jannah, inshaAllah. Aminnn....

Tunang saya


Sayang,
sheAYANG

Wednesday, June 26, 2013

#13 : From Gunung Datuk to Genting Highland (part II)

Assalamualaikum dan hai,

Amacam?

Dah baca entry ni? Kalau dah, boleh sambung baca ni plak.

Rasanya dah takde apa pasal Gunung Datuk yang tertinggal. Boleh move ke Genting Highland plak.

Pagi Ahad, gerak dari rumah dalam pukul 7.30 pagi dan sarapan kat kedai pakcik aku. Dua kereta je yang pergi. Dari Nilai, naik highway keluar tol Sungai Besi dan terus ikut MRR2. Pada yang tak tahu, sila google. Semua di hujung jari kan sekarang. Aku bab jalan ni agak failed sikit. Harap maklum.

Kami tiba ke pintu masuk Theme Park tu dalam jam 11.30 pagi. Tiket dah siap beli. Oh ye, tiket sponsored by Mak aku. Ehehehe. Dia sponsor untuk ake je la. Kering weh merayap tengah-tengah bulan. Dengan jerebu lagi. Tiket untuk 1 Day Pass Outdoor, normal price untuk hari cuti RM54, dewasa. Sebab aku bawak mak aku yang veteran, dapat la diskaun. So, mak bayar RM49 untuk aku dan RM35 untuk dia. Aku dapat diskaun sebab guna Privillege Card 1M tak silap. Entah siapa punya entah. Keh3.

Ni second time aku naik Genting sepanjang hayat aku, rasanya. Macam kebetulan plak dengan Gunung Datuk tu kan. Actually, aku terlepas permainan paling awesome kat sana. Sebab aku tak sanggup nak berdiri tunggu. Tambah plak dengan keadaan kaki yang tak stabil ni. Silap-silap, kena sumpah plak orang yang jaga ride tu.

Cuma sebelum ni aku tak naik Spiderman tu, dan pasti aku membalas dendam pada hari Ahad lepas. Biasa je, taklah extreme sangat. Space shot, as usual, buat jantung aku rasa macam tercabut sekejap. Tapi kali ni tak power la. Menurun je. Pun dah kurang ekstrem dah tu. 

Paling banyak aku main hari tu pun budak-budak punya rides. Monorail train la, Gajah pusing-pusing la dan entah apa lagi. Aku lupa selidik nama-nama rides kat dalam nun. Ampunnn...!!

Makan tengahari kat Marrybrown, sambil seludup bihun goreng yang dah dimasak dekat rumah. Kih3. Jahat!

Agak convenient juga la dalam Theme Park tu. Ada toilet yang agak selesa, surau to perform solat dan scenery yang hmmm... Susah plak nak describe. Dan yang pasti, kesejukan yang menusuk sikit ke tulang. Kental gak aku tak pakai sweater sepanjang hari. 

Honestly, memang tak cukup masa, tak sempat nak jalan dalam First World Plaza yang aku yakin harga barangnya memang mencekik. Cuma ada satu tempat yang aku teringin nak pergi balik, Muzium Ripley's. Dan satu lagi, tempat Wall Climbing tu....

Dah, jom balik..!!

Salam,
sheAYANG

Monday, June 24, 2013

#12 : From Gunung Datuk to Genting Highland

Assalamualaikum dan hai semua,

Ceria-ceria la hendaknya hari ini. Hari saya agak kusam sebab minggu lepas saya dah penat bersuka-ria,jimba-jimba sana sini.Hari ni padah menimpa diri saya. Kuiiii kuiii kuiii...

Eh, saya?

Ahhhh... Suka hati la!

Malas gila nak pergi kerja hari ni hanya Allah je yang tahu. Bukan malas apa, sebenarnya lebih ke 'tak upaya'. Kaki makin sakit. Lengan pun affected juga. Ni semua gara-gara datuk punya gunung. Ceh!

Hari Sabtu, pukul 6.30 pagi (lebih sikit) gerak dari rumah dengan kawan aku sebab dia yang beriya ajak pergi panjat gunung tu kan. Maka haruslah dia sponsor transport dan duit minyaknya. Daku hanya membawa diri. Tapi idok ler teman kejam benor. Teman tolong ler bayo kan entrance fees deme. Kami bertiga je ke sana. Senang. Kalau lagi ramai, lagi banyak pe'el. Oh ye, entrance fee RM5 seorang dan lebih afdal register dekat kaunter pembayaran. Kalau kau hilang ke sesat ke senang nak cari. Lagi satu, dekat form tu kena isi nama & no I/C. Bukan nama & no. telefon! *Ni semua salah Sabri, kami sekumpulan dimalukan!* Mungkin Sabri kesunyian atau attention-seeker. Siapa Sabri? Entah-lah, kami pun tak pasti. Kwang3.

Second time aku daki Gunung Datuk ni. First time masa study dulu. Tahun 2007. Pengalaman tu ada la sikit tapi lupa tu lagi banyak. Biasa-lah, berapa gelen semut dah ku telan sepanjang 6 tahun tu. 

Dengan ketinggian 885m, kami berjaya melunaskan impian untuk sampai ke puncak dalam masa lebih kurang 3 jam. Banyak sangat pit-stop dan cramp bagai dan orang yang bagi banyak masalah ialah AKU!. Keh3... Bayangkan dengan lack of stamina, bersenam pulak ke laut, memang jahanam la kaki aku lepas balik tu. Tapi misi ke Genting tetap jadi. Part itu nanti dulu.

Actually, kami agak kurang bertuah kerana walaupun kami berjaya menjumpai jejak kaki pahlawan tersohor, Hang Tuah tapi kami tidak berjaya melihat Selat Melaka kerana jerebu yang agak teruk. Pity us. Maybe next time. Maybe.....

Aku ada ambil gambar a few scenery yang aku suka gila tengok eachtime aku bukak phone. Thanks to kawan aku yang ajar guna apps Camera360 tu. Lama dah download tapi tak pernah guna pun. Gambar scenery nampak awesome gila malah muka saya nampak flawless gila dengan Camera360. Thanks to technology kerana sering mengajar kami menipu.

Kami berada di puncak lebih kurang sejam dan ambil masa untuk turun lebih kurang 1 1/2 jam. Cuaca kat atas memang sejuk dan nyaman. Rugi la kalau tak naik sampai atas batu, tapi kalau gayat, toksah la naik. :p

Sebenarnya aku ingat nak tinggalkan travel tips kat sini tapi aku buat next entry la. Semak pula rasa. And yeah, part II akan menyusul untuk Genting Highlands plak. Mak dah tak larat ni, noks. Mak tidur dulu ye!

Regards,
sheAYANG

Monday, June 17, 2013

#11 : Belajar menanam

Assalamualaikum. Dan haiiii semua.

Aku baru berjinak-jinak nak menanam bunga. Dulu pernah jaga kaktus saja, sebab tak beli dari benih maka maknanya 'jaga' sahaja. Kali ni aku beli benih, beli pasu, cari tanah, ceduk tanah dan siram air all by myself. Dan atas nasihat Abah juga. 

Zaman dahulu kala masa sekolah rendah pernah join Kelab Kemahiran Hidup. Tapi kerana dah lama meninggalkan zaman perkebunan dan pertukangan, skill pun makin luput. Kali ni nak refresh dan harap-harap tak sia-sia.

Bukan susah sangat pun nak tanam bunga ni, kos pun tak besar mana. Lagi pula dapat bekalan oksigen lebih. Siapa taknak oiii....

Benih bunga - RM 2.10
Dalam satu peket ni ada la dalam 10 biji benih. Ingatkan banyak sangat sebab packaging macam besar je kan.Ye la, kalau diorang paketkan lagi kecil, senang pula nak masuk poket kan. Huhuhu.

Ambil dua jenis. Saja try.
Dua-dua benih menghasilkan bunga berwarna merah jambu. Dah tu je pun benih yang ada jual kat sana. Nanti nak cuba tanam Daisy atau Lily. Orked pun boleh. InshaAllah.

Pasu plastik kecil - RM 1 :)
Murah kan. Tak payah beli yang besar dulu pun takpe. Nanti dah besar sikit boleh transfer ke tanah atau pasu yang lebih besar. Pilihan lain, boleh isi tanah dalam polibag. 

Benih yang macam biji kuaci.
Tanah ni tanah gembur yang aku ambil dari kebun Abah. Mungkin Abah dah campurkan baja dalam tanah ni. Aku tak pasti. Abah cakap patutnya aku kena benamkan benih tu dalam tanah. Tapi aku kesian kat benih tu. Takpe. Kita tengok hasilnya dalam dua tiga bulan nanti.

Eksaited ada hobi baru. Aku harap takkan ada lagi rasa bosan dalam diri ni. Cuba sibukkan diri dengan kerja, keluarga dan hobi baru. :)

Nota untuk diri sendiri juga; beramal pada tanah ni besar pahalanya. Sebab kita akan kembali pada tanah juga suatu hari nanti. Jangan terlampau angkuh hidup sebagai manusia kaya kerana kaya bukan bermakna berjaya.

Harapnya akan lebih banyak pokok di-tanam selepas ni agar bumi kita dapat bekalkan lebih banyak oksigen bersih. Jangan sombong dengan alam. :)

Oh ya, ada sahabat yang nak tolong carikan kucing untuk aku bela. InshaAllah semoga Allah memperkenankan hajat aku untuk membela binatang kesayangan nabi ni kembali.

Sayang,
sheAYANG

Saturday, June 8, 2013

#10 : Terdera

Assalamualaikum dan hai,

Hari Sabtu dan plan hancur. Kami empat sekawan sepatutnya sekarang tengah mendaki Gunung Ledang untuk merungkai misteri yang tersembunyi. Tapi disebabkan atas faktor kemalangan, terpaksa ditunda atau dibatalkan aktiviti itu. Maka dengan rasa sedikit terdera, terhasil-lah entri pada hari Sabtu ini.

Aku sekarang sangat-sangat perlukan percutian yang mendamaikan. Serabut dengan tugasan kerja menjadikan aku sedikit mental hari demi hari. Yang peliknya, semakin aku cuba membenci, malah semakin sayang jadinya. Aku benar-benar tak sangka yang aku dapat bertahan dalam kompeni itu. Dengan bayaran yang aku rasa tak setimpal dengan kelulusan dan pengalaman, aku cuba ikhlaskan hati. Alhamdulillah, gaji yang sedikit tu berkat. Cuma aku harap mereka nampak potensi dalam diri aku ni. Asal aku boleh maju setapak, inshaAllah, semoga Allah mempermudahkan urusanku.

Salam sayang,
sheAYANG

Thursday, June 6, 2013

#8 : Beban & Doa

Assalamualaikum dan hi,
Minggu ni penuh sarat. Ada projek baru masuk dan aku sering pulang lewat. Bisa badan ni tak cukup rehat. Mana nak aku lontarkan segala beban kerja ni?
Cuma mampu menadah tangan dan berdoa pada tuhan agar diberi kudrat yang setanding beban dipikul. InshaAllah.
Salam,
sheAYANG

Sunday, May 26, 2013

#7 : Pelupa


Assalamualaikum and hi,

Lately, perangai kuat pelupa aku ni teruk betul. Nak kata minum air bersemut, semua air bertapis. Nak kata dah tua, hmmm, tak jugak. Forever seventeen gayanya. Gaya aje la.

"Mak, tolong simpan handphone dalam bilik. Lupa nak bawak tadi. Maklumlah, faktor usia."

"Tu bukan faktor usia. Tu sebab dah gatal nak berlaki." balas mak.

Amboi. Garang mak pagi-pagi ni. Gurau sikit pun tak boleh. Ahahahaaa...

Comel tak mak Kak Ton????

Regards,
sheAYANG

Wednesday, May 15, 2013

#6 : Kesukaan-ku

Assalamualaikum and hi,

"Bila entah kali terakhir aku menatap wajahmu
Entah bila akan bersua kembali
Selalu ku berdoa tanpa jemu
Walau gelora rindu berkocak dalam sanubari
Harapnya aku akan setia menanti
Juga engkau jangan mungkiri
Janji yang telah kau semat dalam hati
Suatu hari, pasti aku, kau miliki."

Benda ini menjadi salah satu kesukaanku. Ya, benda di atas. Tak tau nak kategorikan ia sebagai apa. Pantun, bukan. Seloka, pun bukan. Syair jauh sekali.

Kita panggil saja ia sebuah puisi.

Aku suka puisi. Isinya telus, mudah difahami tapi harus didalami. Aku suka menulis puisi tapi aku tak berkebolehan nak menghasilkan karya hebat. Cukup untuk pembacaan aku sendiri. Cukup untuk menjadi tempat peluah rasa.

Alhamdulillah, sekarang makin ramai anak muda yang menulis sekaligus menggalakkan yang lain untuk membaca. Berbakat atau tidak, itu soal lain. Selagi kau berani, inshaAllah akan berjaya. Tabik hormat aku buat kalian.

Regards,
sheAYANG

Wednesday, May 8, 2013

#5 : Rakyat Marhaen


Assalam and hi,

Semuanya telah berakhir. Alhamdulillah.

Apapun keputusannya, terimalah dengan hati yang redha. Kita tidak dijadikan oleh Allah untuk bertengkar sepanjang masa. Cukup-cukuplah tohmahan kejian makian yang aku lihat di laman-laman sosial. Waktu ini, kita patut bersatu untuk kembalikan keharmonian negara kita, membangunkan negara bersama, merapatkan ukhuwah dan jurang, dan macam-macam lagi yang kita boleh lakukan bersama.

Aku, rakyat Malaysia. Rakyat marhaen yang mengikut telunjuk pemimpinnya. Aku dijadikan untuk menjadi pengikut. Kalau betul pimpinannya, maka bertuahlah rakyat kebanyakan seperti aku. Dan begitu juga sebaliknya.

Usah betelagah lagi sesama bangsa. Usah bermusuh lagi sesama agama. Jadilah manusia yang berfikiran rasional, matang dan terbuka. Jangan terlalu mengaibkan sesama manusia kelak Allah akan balas dengan keaiban juga. 

Kepada pejuang yang menentang, penentangan itu membawa sejuta erti. Membawa Malaysia ke arah yang lebih cemerlang, lebih berdaya saing. InshaAllah.

Islam for all, Malay forever.

Regards,
sheAYANG

Sunday, May 5, 2013

#4 : Pilihan


Assalamualaikum and hi,

Di saat bateri laptop tinggal 16% yang mana mampu bertahan selama kurang lebih 35 minit, baru aku terkial-kial nak menaip entri. Walaupun, sebenarnya, tiada apa yang penting untuk ditaipkan.

Cuma satu peringatan. Untuk kalian. Supaya membuat pilihan. 

Tanggungjawab tetap tanggungjawab. 

Saya pilih MALAYSIA.

Selamat Mengundi semua. :)

Regards,
sheAYANG

Wednesday, May 1, 2013

#3 : 5 penjuru

Assalam and hi,

Nak cerita sikit ni. Walaupun tak best, tapi nak cerita jugakkkk... Lantak la.

Tak lama lagi hari mengundi. 5 Mei, kan? 

Semalam lepas balik kerja dalam pukul 8 malam, aku singgah gi pasar malam. Lambat aku balik kerja semalam sebab nak settle kan kerja sebelum cuti hari ni. 

Jalan punya jalan punya jalan, kaki aku pun dah naik lenguh semata nak cari nasi ayam dengan buah mata kucing yang mak aku kirim. Buah tak jumpa so aku call mak dan tanya buah lain yang dia nak. Aku belikan mangga Lady King. Boleh laaa dari takde.

Melalut dah cerita aku ni.

Actually, masa aku jalan-jalan tu ada calon dari satu parti ni tengah buat sesi 'turun padang'. So, peniaga kat situ layan je la. Layanan macamana diorang bagi,itu tak pasti.

Kat DUN Nilai ni, persaingan sengit. 5 penjuru. Cap Dacing, Cap Roket, Cap Kunci, Cap Bunga Raya dan Cap Bintang. Calon yang semalam aku jumpa tu Cap Bintang punya calon. Shine bright like a bintang i tell you. Ustaz kan. Kagum jap aku tengok calon Ustaz kat kawasan Roket. 

Alhamdulillah. Walaupun calon Bebas, harap2 dapat membebaskan pemikiran masyarakat kat sana. 

Aku ni umur dah 27 tahun tapi takde kesedaran nak mengundi lagi. Kita tunggu dan lihat je la macamana okay.

Saya pilih MALAYSIA. Tapi saya tak pilih untuk mengundi. Hahahaha

Regards,
sheAYANG

Sunday, April 28, 2013

#2 : Gwiyomi

Aku baru lepas khatam tengok Gwiyomi dekat Keek.Nazim Othman punya pasal aku dah ketagih cari video Gwiyomi lain. Dari Elfira Loy punya sampai la ke entah siapa2 entah. Semua aku bantai tengok.

Aku tak nafikan seronok je tengok diorang buat aksi gitu sebab memang cute pun memasing. Terhibur la juga dari tengok orang bergaduh kat Facebook pasal parti itu dan ini. Eh!

Gwiyomi secara jujurnya bagi aku masih lagi sopan kalau nak dibandingkan dengan fenomena lain sebelum ni macam Gangnam Style dan Harlem Shake. Serius aku geli tengok Harlem Shake. Geli.

Mustahil untuk aku buat video Gwiyomi ni sebab takut ada yang muntah darah tengok nanti. Apapun, lets chill.


Regards,
sheAYANG

#1 : Hi.:)

Assalamualaikum and hi.

My very first entry in this blog. Been writing in few blogs before this and I hope this one will be forever.

And yes, do follow me.Will write more and more stories from today onwards. *motivating myself*

Regards,
sheAYANG